Thursday 10 July 2014

Vitamin C vs Cool Fever

Assalamualaikum...


Alhamdullialh, mendung dan nyaman jer pagi ni.... memang rasa tenang jer kat kampung ciksue ni....
Alhamdullilah juga, hari ni ciksue dah sihat dari demam.. syukur sangat-sangat...

Berpuasa dengan demam sangat la mencabar... demam dan selsema..huhuhu.. Hidung dah merah-merah dan sakit... Bila ciksue demam kan???

Ciksue demam semalam... bangun sahur pagi semalam, badan dah rasa tak best... tekak dah pedih dan sakit-sakit.. Allah jer yang tahu... Allah tarik kejap nikmat kesihatan ciksue.. Alhamdulliah Allah masih ingatkan ciksue...

Memang lemah jugak la ciksue semalam, dah la dengan mengasuh budak kecik nyer lagi.. Jam 2 petang ciksue dah flat.... memang badan panas giler and siap kena letak towel atas kepala lagi....

Dah la bangun sahur pagi semalam ciksue nak telan ubat, tapi ubat pulak tak de.. sebab ciksue bukan jenis yang simpan stok ubat..hehehe.. ( jangan ikut peragai ni)... pagi2 buta mana nak cekau ubat kan... kedai pom tutup...

ciksue godek2... baru ciksue ingat Vitamin C kan ade... heeheh.. ape lagi.. terus ciksue amik 2 biji, patahkan dua terus telan lepas sahur.... tapi tu la, tak kan telan ubat or supplement terus elok kan.... tapi demam ciksue tak de la teruk sangat....






siapa cakap VITAMIN C ni untuk kecantikan jer ???.. silap- silap... vitamin C shaklee ne elok untuk demam dan selsema.

Then time berbuka ciksue minum AIR BARLI sebab nak sejukan badan... lepas tu telan lagi 2 biji vitamin C.. Memang ciksue tak makan panadol a.k.a " dadah" tu...heheheh..... malam pulak sebelum tido ciksue letak cool fever nak hilang rasa panas...








Alhamdulliah, tido ciksue rasa nyenyak jer.. tak de pulak rasa hidung tersumbat ke ape....hehehe...

pagi ni, lepas sahur ciksue telan lagi 2 biji vitamin c untuk preventation... Alhamdullilah... demam ciksue hari ni dah kebas.. dah boleh buat keje, dah boleh jaga kedai....hehehe


Say NO to PARACETEMOL!!!!!








Saturday 5 July 2014

RAHSIA Sotong Celup Tepung Ranggup

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua.. dah ada menu untuk berbuka hari ni??? ke dah pening tak tahu nak masak ape dah.. baru seminggu tapi dah blur kan...

Ape kata cuba sotong celup tepung ciksue yang ranggup crunch crunch ni.. memang terbaik la.. die punya ranggup 2 sampai lepas terawih pom masih terasa keranggupan nyer...hehehhe...

Resepi nye sama jer, cuma teknik jer yang lain...hahahha... bnyk kali dah ciksue try tapi asyik lembik jer jadinya... Tapi resepi yang ni memag terbaik la....hehehehe

Nampak tak keranggupan die... memang puast hati la sebab salutan tepung nipis jer.. kalu kat kedai, tepung jer banyak dari sotong , macam cekodok sotong pom ade kan


Meh kita ushar resepinya

BAHAN A

1.  1/2 kg Sotong
2.  1 biji telur ayam
3.  5 sudu besar tepung  goreng Adabi ( Ciksue guna ADABI hot n spicy, baru la sodapp)


BAHAN-BAHAN

1. 2 sudu Tepung Gandum
2. 2 sudu Tepung Beras
3. 2 sudu Tepung Jagung
4. lada sulah
5. Garam

Cara-cara..

1. Potong sotong bulat-bulat, bersihkan dan gaul dengan sedikit garam dan toskan supaya air sotong tak de
2. Bancuh BAHAN A dan gaul dengan sotong
3. Gaul semua BAHAN B di dalam bekas lain
4. Panaskan kuali dan pastikan minyak betul-betul panas
5. Sebelum goreng, celup kan sotong yang sudah digaul kedalam BAHAN B
6. Amik sotong satu-satu dan goreng hingga kuning keemasa
7. Angkat dan toskan minyak dengan tisu terlebih dahulu supaya sotong tak lembik

Siap dah...





Tips kat sini,

1. MAKE SURE sotong di tos betul hingga kering supaya tiada lebihan air
2. Goreng sotong satu persatu supaya sotong tak melekat...
3. pastikan minyak benar-benar panas...


selamat mencuba :)


TAK MUAT TERAWIH DI SURAU???

Assalamualaikum....


Salam Ramadhan semua. Entry kali ni ciksue nak share sikit tentang perkara realiti  yang ciksue rasa anda semua pom lalui...

Sepanjang Ramadhan ini memang ramai orang akan ke masjid untuk menunaikan terawih kan... semua nak merebut peluang mencari keberkatan Ramadhan...

 Masjid-masjid, surau-surau semua penuh termasuk dengan kanak-kanak sekali... kawasan masjid pun terlebih "meriah" kan...

Ape yang ciksue perasan.. banyak  ragam jemaah-jemaah yang menjadi tanda tanya dalam diri ciksue antaranya :


1. Penuhkan Saf Hadapan


Yang rapatkan saf ni ciksue rasa pelik.. sebab kebanyakan mereka rasa " terpaksa " maju ke hadapan untuk penuhkan saf hadapan... Hari pertama ciksue rasa mcm okei sebab mesti diorng malu2 kan... 

Hari kedua pun kena paksa naik jugak, hinggalah sampai sekarang, bila nak start solat jer mesti bising-bising sebab duk pakat " suruh' orang lain penuhkan saf hadapan... 

Sebab tu la surau tak muat hingga ada jemaah yang tak dapat bersolat sebab mereka tak nak rapatkan saf sesama sendiri.. Nauzubillah...

KITA??? knapa bukan kita yang rela diri naik ke hadapan...  Tapi ciksue yakin anda yang baca antara orang yang sentiasa di saf hadapan kan.. Alhamdullilah...

Alhamdullilah, mak ciksue dah pesan awal2 kat ciksue sampai jer mana-mana surau atau masjid terus ke saf hadapan...




2. Rapatkan Saf


" Rapat-rapatkan saf, sila penuhkan saf hadapan, betul-betulkan saf "

Mesti sebelum solat imam akan bagi pesanan ni kepada jemaah kan, adakah kita mengambil tindakan untuk sapatkan saf??

Tapi apa yang ciksue perhatikan, mereka seolah-olah tak prihatin, kebanyakan mereka " segan" nak rapatkan saf sesama jemaah,  bila ciksue cuit orang sebelah untuk rapatkan saf, die boleh buat tak tahu jer.. Ya Allah...

Semua nak " RUANG" tersendiri, semua berebut nak duk kat bahagian tepi...  Hingga kan nampak ruang-ruang lompong diantara jemaah.... aduhaiii... kenapa KITA tak cuba nak rapatkan saf???

"Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau kamu akan bercanggah (melakukan kesalahan) dengan arahan Allah di hadapan-Nya." (Riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas amat penting dan memberikan ancaman bagi mereka yang bermalasan dalam merapat dan meluruskan saf. Tanpa disiplin tersebut, manusia akan berada dalam rasa keegoaan masing-masing hingga berasakan geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah di sebelah mereka. 

Di samping itu, ia juga menunjukkan jemaah tersebut kurang ilmunya hingga akhirnya tindakan ini jika dibiasakan maka Allah S.W.T akan membiarkan berlakunya permusuhan dan pertengkaran dalam masyarakat ini.

Tanpa merapatkan saf juga memberi peluang dan ruang untuk syaitan sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :

"Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung (urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus (urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)

Semoga dengan ilmu ini kita boleh memperbaiki sifat solat kita untuk menyamai sifat solat Nabi S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W : "Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat" (HR Bukhari dan Ahmad, dalam Irwaul Ghalil 213).











3. " Kawasan" lingkungan....


Apa kawasan lingkungan ni?? SEJADAH sorang satu... yup kebanyakkan kita akan bawak sejadah sendiri ke surau.. dan apa yang ciksue perhati.. sejadah semua cantik-cantik dan besar-besar.. Alhamdullilah... 

Tapi apa yang ciksue pelik, semua nak berdiri di kawasan sejadah masing-masing, semua tak nak berganjak dari kawasan lingkungan mereka..

 Maka  memang tak dapat la nak rapatkan saf kan.. sebab semua tak nak share sejadah... sedih ciksue tengok...  

Tapi ciksue Yakin, anda semua tak macam ni kan... mudah-mudahan kita tak termasuk daripada mereka yang sedikit " selesa" dalam melakukan ibadat... Semoga Ramadhan kali ini kita lebih banyk melakukan amal Ibadat.



Hikmah Merapatkan Saff


1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat.

Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).

2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.

Sabda Rasulullah:"Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu."(Riwayat Muslim).

Sabda Baginda lagi:"Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu." (Riwayat Abu Daud).

3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.

Sabda Rasulullah: Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).


4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf.

Sabda Rasulullah: Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).


5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya.

Rasulullah bersabda:"Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf."(Riwayat Thabrani).


Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. 

Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya.