Tuesday 23 September 2014

VITAMIN C Shaklee~ Sustaines Release Vita C 500MG

Assalamualaikum w.b.t.



Entry kali ni, ciksue akan ceritakan sedikit mengenai Vitamin C shaklee. Biasanya, vitamin C shaklee dipanggil dengan panggilan Sustain Released Vitamin C. Cisue merupakan pengguna tegar vitamin C shaklee ni... Sebab best la ciksue nak share kat anda semua....

Nak tahu pengalaman ciksue dengan Vitamin C boleh BACA SINI







Ciksue yakin dan pasti, ramai antara kita semua ni yang selalu makan vitamin C yang dibekalkaln oleh pihak hospital atau dibeli di Farmasi. Ciksue tak kata yang vitamin C di farmasi tue tak elok atau tidak berkesan.

Tapi adakah kita yakin yang vitamin C yang diambil tue adalah Vitamin semulajadi atau vitamin sintentik??

Atau adakah vitamin C yang kita tu membuat pembebasan secara berterusan atau tidak??


Nampak tak kat situ die tulis no artificial flavour... sebab tu kalau korang makan vitamin C shaklee memang rasa masam... tak ade rasa manis pom berbanding vitamin C yang kita beli kat Farmasi.. Sebab Vitamin C shaklee memang semulajadi.


KEPENTINGAN VITAMIN C KEPADA TUBUH BADAN KITA???









Mesti anda tertanya-tanya penting ke vitamin C untuk badan kita ni kan??? Kalau tak ambil vitamin C apa kesan nyer pulak kan???

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh. 

  • Antara fungsinya ialah untuk  pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. 


  • Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.


  • Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. 


  • Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.



Aktiviti Yang Mengurangkan Vitamin C dalam Tubuh Kita !!!

  1. 1 batang ROKOK mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C
  2. KERESAHAN  akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C
  3. KONTRASEPTIF dan PIL PENAHAN SAKIT akan menyusutkan vitamin C yang banyak
  4. TERLEBIH DOS VITAMIN C ( melebihi 12 kapsul sehari) menyebabkan sedikit cirit-birit.





ADAKAH ANDA TAHU ???


Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C.

Tambahan pula vitamin C larut-air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksid.





TAPI KITA DAH MAKAN BUAH... CUKUPKAH VITAMIN C DARI BUAH ???



Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum.

Oleh yang demikian biah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.



Agak-agak cukupp tak pengambilan vitamin C kita sehari ni...




KENAPA ANDA PERLU AMBIL  SUSTAIN RELEASED VITAMIN C SHAKLEE??


  • "Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" Vitamin C telah direka oleh shaklee. Sustain Release disini bermaksud, vitamin c melakukan pembebasan vitamin secara berterusan selama lebih 5 jam lamanya.


  • Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 Vitamin C tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. 


  • Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 Tablet Vitamin Shaklee ( didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.


  • Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. 


  • Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.































1 tablet Vitamin C dah sama kalau kita makan 7 biji oren... 
Persoalannya Sanggup ke kita nak makan 7 biji buah oren sehari ???

So... agak-agak apa yang perlu kita buat??



1 BOTOL VITAMIN C BOLEH TAHAN SEHINGGA 6 BULAN...Jimat ke jimat ???




ANTARA MANFAAT UTAMA VITAMIN C SHAKLEE


  • MEMBENTUK KOLAGEN
Merangsang pembetukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

  • MEMPERBAIKI SIMPTOM PENDARAHAN
Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

  • PENINGKATAN SISTEM IMUN
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, atshma, 

Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selsema.

  • MEMERANGI KANSER
Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-CELLS untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. 

Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

  • MENCANTIKKAN KULIT
Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembetukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

  • MEMPERBAIKI INSOMNIA
Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.

  • MENGEKALKAN KOLESTROL SIHAT
Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



ANTARA ISU YANG MENYERANG SHAKLEE BERKENAAN VITAMIN C SHAKLEE


Dos Vitamin C yang betul utk manusia normal adalah 75mg-100mg sehari. Bahaya kalau ambil lebih sebab akan effect buah pinggang. Vit C Shaklee Sustain Release ialah 500mg! 


PENCERAHAN


  • Saranan 75mg sehari vit C adalah minimum intake, maknanya kalau less dari tu kita akan alami penyakit kekurangan vitamin c seperti skurvi. Untuk kesihatan optimum seperti nak kulit cantik, sel cantik... 500mg. utk tujuan terapi seperti wound healing, dos lebih tinggi diperlukan 

  • Kadar vit c sehari yg akan diserap oleh badan org dewasa normal +-80mg (utk kes org dewasa yg confirm xde masalah, yg xterdedah kpd antioksida, yg mmg sihat walafiat). Tp kita skrg mmg terdedah pd persekitaran yang banyk radikal bebas (udara, makananan etc). Kalau ikut keadaan sekarang, sah2 keperluan vit c sehari tu mmg akan lebih 80mg utk counter semula radikal bebas yang datang menyerang! 

  • Di botol Shaklee, 922mg adalah berat satu kapsul Vit C (bukan kadar vitamin C). Jumlah Vit C dalam sebiji kapsul tu adalah 533mg.


Semoga dengan pencerahan di atas anda semua tidak was-was untuk menggunkan Vitamin C shaklee...


Sekiranya mempunyai persoalan boleh la menghubungi ciksue..

O136510540 ( SUHAINI)


Terima kasih kerana sudi membaca :)

Monday 22 September 2014

7 makanan terbaik untuk kulit

Assalamualaikum w.b.t



Entry kali ni ciksue nak share hasil dari pembacaan majalah Wanita. Rupanya banyak tips-tips kesihatan yang terdapat dalam majalah wanita ni kan. Sebenarnya, majalah ni kakak ipar ciksue yang punya, ciksue tumpang baca jer...heheh

Kali ni ciksue nak share mengenai makanan untuk kulit. Kulit pom ada makanan okeii.. Bukan kita jer nak makan..hehehe...

Jom kita selongkar khasiat yang terkandung dalam makanan untuk kecantikan kulit. Semoga informasi membantu anda untuk tampil lebih anggun.

















"Kulit bukan sahaja mesti dibelai secara luaran malah ia juga memerlukan penjagaan dalaman menerusi pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat."




1. SAYURAN HIJAU bersihkan kulit dari dalam







Amalkan makan sayuran berdaun hijau seperti sawi,bayam,saderi.

Bayam adalah sumber terbaik zat besi, folat, vitamin E, magnesium, serat dan Vitamin A. Pengambilan bayam dapat membersihkan kulit dari dalam

Sementara saderi pula mengandungi vitamin K yang membantu melancarkan peredaran darah dang mengurangkan tekanan. Secara tak langsung, kulit akan menjadi lebih sihat dan bersinar dengan pengambilan saderi.


2. COKLAT GELAP kaya antioksidan









Selain kaya dengan antioksidan, coklat gelap juga mengandungi asid lemak dan flavanols yang membantu membuatkan kulit berseri.

Antioksidan pula dikatakan dapat mengurangkan masalah kulit kasar dan melindungi kulit daripada pancaran matahari. Coklat memang enak dimakan dan sangat baik untuk kecantikkan kulit anda...

Tapi jangan obses dengan coklat pulak taw... nanti jadi lain pulak.. ingat DARK coklat okeii...hehe






3. LOBAK MERAH hilangkan parut jerawat.







Vitamin A dan khasiat lain yang terkandung dalam lobak merah dapat membantu memulihkan dan menghilangkan jerawat.

Ia juga mengelakkan lebihan pengeluaran sel di lapisan kulit di mana ia menjadi tempat sebum berlebihan bergabung dengan sel kulit mati lalu menutup pori-pori kulit.

Lepas ni boleh la pergi beli carrot banyak-banyak okeii..hehehe




4. IKAN SALMON hindar tekanan








Ikan salmon bukan sahaja membuka selera kerana isinya yang enak malah ia juga dapat menghindar tekanan dan kemurungan.

Makanan ini mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat menghalang penuaan dan pertumbuhan jerawat. Ia juga membantu melembapkan kulit dan membuatkan rambut anda sihat dan kuat.





5. MINYAK KELAPA melembapkan




Minyak kelapa mengandungi asid laurik dan agen antibakteria yang dikatakan dapat membantu menghalang virus jangkitan, keradangan dan jerawat.

Minyak kelapa juga kaya dengan asid lemak asas dan vitamin E, yang lengkap untuk menjadikan kulit lembap, lembut dan bebas kedutan.

Selain boleh dimakan mentah sesudu sehari, anda juga boleh menyapu seluruh tubuh dengan minyak kelapa untuk mendapatkan kulit yang lembap dan halus.




6. TEH HIJAU menenangkan







Antioksidan dan asid amino unik, L-theanine yang terdapat dalam teh hijau membantu menenangkan badan dan mengurangkan tekanan.

Ia juga terbukti dapat meningkatkan tahap kesihatan. Bagi mengdapatkan hasil yang terbaik, minum tiga cawan teh hijau setiap hari untuk hasil yang memuaskan.



7. BETIK lindungi kulit daripada pancaran matahari.




Betik mempunyai banyak kahsiat, selain rendah kalori, ia juga tidak mengandungi kolestrol. 

Bagi anda yang mahu kurangkan berat badan, amalkan makan betik setiap hari. Berat badan akan berkurangkan dan sistem penghadaman bertambah baik.

Nutrient antioksidan, Vitamin C, E dan beta - karoten sangat baik untuk mengurangkan keradangan dan jerawat. Vitamin C juga dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari.







Okeii.. dah dapatkan 7 makanan yang terbaik untuk kulit kita, lepas ni boleh la pergi supermarket borong makanan- makanan ni kan... heheheh.... 

Nak dapatkan kulit yang lagi cantik tapi susah nak dapatkan makanan-makanan di atas atau anda tak makan sayur atau buah  boleh la cuba set kecantikan Shaklee ni, sebagai sumber tambahan, 

Pasti kulit korang akan bertambah glowing dan mulus...heheheh...









Selamat mencuba uolsss....

.

Saturday 20 September 2014

Pengalaman Temuduga SPP Pegawai PPT DH 41 September 2014

Assalamualaikum..


Apa khabar korang semua, harap semua nye sihat-sihat semuanya... dah nak dekat seminggu ciksue menghilangkan diri kan... heheh.. hari ni baru berkesempatan nak update blog balik...

Kemana saya menghilang??? Sebenarnya ciksue masih ada jer kat malaysia ni.. tapi rehat sekejap untuk buat preparation untuk menggapai salah satu impian ciksue.. cewahh!!! hehehe...

Okei ceritanya macam ni, ciksue baru jer selesai interview SPP semalam bersamaan 19 september 2014. So sepanjang minggu lepas ciksue sedang menpersediakan diri untuk di soal jawab dalam bilik "peperangan" nanti.... 

Jadi entry kali ni, ciksue nak share pengalaman ciksue time interview, diharpkan dapat membantu mereka-mereka yang nak interview Spp nanti..


DAPAT SURAT TAWARAN.



Surat tawaran ciksue..







Alkisah ciksue dapat surat tawaran ni 3hb September 2014. Masa ni ciksue masih kat kelantan di rumah sebab masih cuti kan. Bila posmen kasi surat tu ciksue tengok kat sampul surat tulis Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. 

Ciksue dah pelik, surat SPP untuk ape pulak kan.. surat mintak hutang ke ape ke kan.. cuak la juga...

Bila buka jer ciksue baca "Temuduga Pelantikan Ke Jawatan Tetap Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 Bidang Sains Pengurusan Taman dan Rekreasi"

Badan ciksue dah tergaman, terkejut sambil mengiggil tangan ciksue pegang kertas tu.. sebab memang perkara yang tak dijangkakan.. Alhamdullilah ciksue dapat interview goverment for the first time in my life..

Ciksue terus pergi dapur tunjuk surat kat ciksue dan peluk mak ciksue, mak ciksue dah risau nape kan, then bila ciksue bagitahu baru die faham. Mak ciksue pom gembira sangat..

Start dari jam tu, memang badan ciksue menggigil sangat-sangat.. hehehe... tak tahu nape, mungkin sebab yang tak expert belaku...

So ciksue duk pikir apa jawatan PPPT ni kan.. ciksue wasap akak ciksue tanya, rupanya PPPT ni jawatan sebagai pensyarah politeknik atau kolej komuniti... oooo.. baru ciksue tahu.. 

Ciksue duk fikir bila la aku apply kan.. rasa-rasa macam dah nak dekat 2 tahun kot ciksue apply..hehehe... alhamdullilah rezeki...


PREPARATION  SEBELUM INTERVIEW


Lepas jer dapat surat tue, ciksue terus search google pengalaman-pengalaan mereka yanng dah pernah pergi interview SPP, cari ape soalan-soalan yang biasa di tanya, follow group PPPT DH41, buka forum pppt dh41, dan macam-macam la...

Ciksue ade masa dalam 2 minggu untuk study balik ape yang ciksue dah belajar, rujuk kawan-kawan ciksue sebab dah lama kan tinggal subjek ni. Nasib baik jawatan yang ciksue dapat ni memang bidang yang ciksue belajar time degree dulu..

Sepanjang 2 minggu  ni jugak la, ciksue tak lalu makan, hati asyik debar jer..hahahah... memang kalut kan ciksue ni... sebab first time kot..memang gelabah la kan...heheheh.. ( ciksue jer kot yang rasa macam ni)...hehehe

So dalam masa 2 minggu ni, ciksue BUAT NAMETAGE, SIAPKAN SIJIL-SIJIL dan DOKUMEN-DOKUMEN yang diperlukan...

Based on pengalaman orang lain ciksue baca semua apa yang berkaitan dengan negara, dengan pendidikan.. so antara perkara yang korang kena baca kalau nak interview spp ialah

  • Berkaitan Negara
  • Rukun negara
  • sejarah kemerdekaan negara
  • Falsafah pendidikan
  • plan pembangunan pendidikan
  • Tentang KPM, KPT, SPP
  • Tentang KABINET
  • Bajet 2014
  • Rancangan Malaysia ke 10/ ke 11
  • NKEA
  • Nama-nama menteri
  • Berkaitan politeknik/ kolek komuniti ( Organisasi, visi, misi, bilangan, sejarah, etc)
  • Isu-isu semasa ( sekarang panas tentang  kebocoran UPSR, isu MH--- )
  • Berkaitan dengan bidang kita

Jadi ni antara perkara yang korang kena take note tau, just baca dan ambil tahu serba sedikit untuk preparation, atleast kalau panel tanya korang ada la point nak cerita.

Selain tu ciksue try cari sape-sape yang bakal interview pppt ni, walaupun kita tak kenal mereka kita just make a friend okei..



SEHARI SEBELUM TEMUDUGA


Disebabkan ciksue dah ada kat UTM Skudai, so ciksue terpaksa naik bas ke Shah Alam... Sebab interview kat PUTRAJAYA... so terpaksa la mintak belas kesian abang ciksue menetap di rumah die dan jadi driver ciksue untuk ke putrajaya..

Ciksue sampai S.alam dalam Jam 4 petang.. cramp badan ciksue sebab lama sngat atas bas.. hehe.. so malam tue ciksue cek balik sijil- sijil, susun ikut susunan yang sudah ditetapkan. iron baju, praktis cakap-cakap sikit..hehe..

Resume ciksue just bawak, tapi diorang tak mntak pom, salinan sijil tue just stapler jer..

Dan tidor awal, sebab ciksue kena ada kat putrajaya JAM 7 PAGI.. Memang awal kan.. jadi memang terpaksa gerak awal dari S.alam..


HARI TEMUDUGA



Ini la pakaian yang ciksue pakai... ciksue prefer pakai yang plain dan x bercorak sangat.. blazer tu optional.. kalu pakai nampak professional sikit...ehhehe... kasut make sure bertutup tau... abaikan muka ciksue yang eksited tu..hehehe



Ciksue bergerak dari S.alam dalam jam 6. 30 pagi... so sampai kat putrajaya dalam jam 7 pagi.. memang abang ciksue drift habis..hehehe.. so terus kami cari BLOK B, Kompleks Perdana Menteri

Masa ciksue sampai tu, dah ramai dah calon-calon lain yang sampai, dalam 20 orang macam tu la, semua duk beratur nak amik pas pelawat. Masa ni korang kena tinggal lesen memandu atau apa-apa pengenalan kat p.guard.

Time duk beratur ni, ciksue tegur la seorang calon ni, borak-borak buat kawan, sebab die pom sorang,.. kami borak-borak macam dah lama kenal..hehe.. sebab nak hilangkan debar kan, tapi dia interview bidang landskap.. Dah khawin rupanya akak tu, nampak muda jer...hehe

Bila dapat pas, kami terus masuk dan cari bangunan SPP, bila dah ada kawan tak de la rasa sorang-sorang kan.. so, korang nanti make sure tegur jer sape-sape yang ada kat sana, jangan nak jadi pendiam.. heheh.


Bila dah sampai kat bangunan spp, kami terus pergi ke bahagian temuduga, jangan risau, tak akan sesat sebab ada direction. interview ni dah mula sejak 15 hb lagi, jadi ciksue rasa ciksue dalam kumpulan yang terakhir kot sebab 19 hb hari last iv rasanya..



DI MEJA URUSETIA


Sampai kat bilik tu, urusetia akan panggil tandangan kedatangan, then diorang akan panggil nama yang dah di sign untuk cek sijil-sijil. Masa ni MAKE SURE sijil korang dah di susun dengan betul, ikut jer susuanan yang dah disediakan. 


Dia akan mintak satu salinan sijil dan file sijil-sijil asli. Nasib baik sijil-sijil ciksue dah betul, tak sampai 5 minit ciksue dah selesai cek sijil. 

Tapi ade juga ciksue tengok calon sebelah ciksue kena susun satu-satu sijil semula, jadi ni akan bazirkan masa korang, nasib baik urusetia hari tu baik-baik jer, tak kena marah.

Untuk sijil-sijil ni pom diorang ada markah juga tau.. So make it Perfect !


Bila dah selesai amik sijil,. ciksue tengok urusetia tu amik file ciksue dah calon-calon yang lain bawak masuk dalam bilik temuduga 8.. Ciksue dah debar, aih tak kan dah nak start kan.. awal lagi kot, ciksue tak sempat buka nota lagi ni..hhuhu..

Sebab semalam kawan ciksue pom iv, tapi turn diorang lambat...

Ciksue tengok jam kul 8 pagi dah.. TIBA-tiba urusetia panggil nama kami berlima suruh berdiri tepi bilik iv tu... waaaaa... memang kalut sangat cik sue time tue..hahaha.. sebab tak prepare lagi... nametage pom tak pin lagi...

Kami pom bangun la berdiri, interview ni by group tau.. 5 orang sekali masuk, .. rupanya, kami fisrt group yang iv pagi tu, sebab diorang buka 9 bilik iv semuanya.... sambil-sambil berdiri kami duk cek pakaian masing-masing, sb semua masih terkejut kan...

So kakak urusetia tu pesan la kat dalam nanti ade 2 orang panel, satu puan satu lagi panggil tuan haji, die pesan bila loceng bunyi masuk yer...

Okeii..kami tunggu jer loceng bunyi.. kebetulan nama ciksue adalah yang no 4, jadi ikut jer la orang depan masuk kan..

Kami bawa handbage jer, sebab file- file kami urusetia dah tolong bawak masuk tadi, rupanya bilik iv tu kecil jer, tak perlu nak jalan jauh.. Alhamdullilah..


Ini lah, group sama bilik ciksue.. semua ciksue tak kenal, mereka semua budak uitm...heheh.. tapi kami dah macam kena lama...memang best la korang!!!
































DALAM BILIK INTERVIEW


































Bila masuk jer, kami bagi salam dan berdiri di posisi masing-masing..hehe.. memang cuak la, lepas tu panel tue ushar jer kami, seorang dari piloteknik, seorang lagi wakil spp ( tuan haji).

Lepas tue, baru diorang suruh kami duduk...

Then tuan haji pom bagi la salam, bagi penerangan tentang jawatan dan tanya khabar kami...

Alhamdullilah, panel kami sangat la baik dan friendly... tak rasa cuak pom, sebab panel macam borak-borak jer dengan kami...

So antara soalan-soalan yang ditanya ialah... lupe nak gitau interview dalam BM yer... dan soalan die akan point sorang-sorang, so kami tak yah nak berebut-rebut jawab..hehe



********************************************************************************


Panel dari SPP

1. Sila perkenalkan diri anda ( die nak tahu NAMA, UMUR, ASAL, BIL ADIK BERADIK,
     TAHAP PENDIDIKAN YANG TERTINGGI )... Tuan haji cakap die nak dengar ni jer...

2. Sekarang die cakap, cuba anda bayangkan yang anda adalah pelajar tingkatan lima, so
    CERITAKAN AKTIVITI KO-KOKRIKULUM ( sukan, badan beruniform, etc) masa anda
    tingkatan lima.

So ciksue cerita lah, ciksue sekolah mana then ciksue cakap la ciksue ni ahli PKBM, tapi ciksue lupa nama penuh PKBM tue,,,hahaha.. sampai tergagap-gagap ciksue nak sebut.. tuan haji tu yang tolong, die senyum jer...hehehe

Bila ciksue gitahu jer nama sekolah ciksue, terus die tanya, SMSAH ke?? Then dia tanya SIAPA NAMA PENGETUA SEKOLAH CIKSUE?? hahah... out of nowhere.... soalan yang tak dijangka kan.. nasib baik ciksue memang ingat nama pengetua sek ciksue tu, rupanya die ex student sek ciksue dulu..

3. Soalan Ketiga, Dia suruh ceritakan BUKU YANG LATEST kami baca... 

Tengok, soalan die memang just nak tahu  pengetahuan am kita kan.. ciksue cakap la buku yang latest ciksue baca ialah " who move my cheese"..  sebab memang buku tu yang latest ciksue baca....tapi ciksue lupe pengarang..hehe.. then ciksue cerita apa moral value yang boleh ciksue dapat...

Calon sebelah ciksue ada jer yang cerita pasai novel...heheh.. tapi kalau boleh cerita la pasai buku-buku motivasi kan... panel just nak tahu samada kita ni ambil tahu tak pasal benda lain selain dari bidang kita..

Panel tu pesan, die sebenar nak tengok kita ni KNOWLEDGEABLE ke tak... sebab die cakap nak jadi pensyarah kita kena tahu semua perkara.



*******************************************************************************
                                 *********************************************




Sesi seterusnya... 

Tuan haji pass kepada Panel dari POLITEKNIK.



Soalan dari poli lebih kepada bidang jawatan yang kita dapat tu.

Sorang calon dapat satu soalan.. soalan yang ciksue dapat ialah

" Cadangkan program khidmat masyrakat yang sesuai dengan aktiviti rekreasi"

Ciksue pom goreng jer la apa yang terlintas kat fikiran ciksue.. heheh... yang penting confident..

Antara soalan calon lain yang dapat ialah

" Program untuk naik taraf taman rekreasi"
" Program Untuk attract student amik kos rekreasi"
" Tman rekreasi yang ade potensi untuk dibangunkan"

Soalan dari panel poli satu soalan jer.. Alhamdullilah...



Next sesi, berbalik kepada Panel dari SPP tuan haji.

Tuan haji cakap soalan ni die nak tnya berkenann pengetahuan kita tentang negara dan negeri kita.
Ciksue dah cuak...hehhe.. antara soalan yang ditanya ialah.

Nama Menteri belia dan sukan
Nama Menteri pendidikan 2
Nama menteri besar pahang ( sebab ada calon pahang)
Nama pengerus FELDA ( sebab ada calon dari FELDA)
Isu Semasa ( Tentang isu kebocoran UPSR, sebab sedang panasa sekarang ni kan)

Ciksue dapat soalan " apakah tarian yang popular di kelantan" ayoyoyo...hehehe.

Soalan yang terakhir yang ditanya ialah " ADAKAH ANDA SANGGUP DITUGASKAN DI MANA-MANA SAHAJA"... ciksue pasti korang pom tahu nak jawab apa kan...


Alhamdullilah,.. tak de pulak soalan-soalan killer macam falsafah pendidikan, Nkea semua tue, group kami bernasib baik kot, sebab calon kat bilik sebelah kami dapat soalan pasai bendera malaysia, pasai falsafah pendidikan, pasal plan pendidikan...

Jadi lain panel lain soalan... just prepare yourself dengan semua ilmu okeii.... soalan banyak tentang diri kita dan KBKK

and lagi satu just jawab apa yang di tanya oleh panel, jangan nak karang lebih-lebih...

Sesi interview kami berlangsung dalam 1 jam macam tue la... mungkin sebab hari jumaat kan, panel nak cepat sebab solat jumaat..

Panel pesan tugas mereka sekadar temuduga, Doa banyak-banyak semoga ada rezeki kami.. In sha allah.. Korang yang baca ni jangan lupa doakan ciksue tau.. semoga ciksue lulus..Amiin...

Yang penting kita berusaha, rezeki tue daripada Allah, doa banya-banyak.. before masuk bilik temuduga jangan lupa telefon mak kita suruh mak doa, dan jangan lupa zikir YA LATIFF, supaya Allah lembutkan hati panel..


Sekarang fokus ciksue SIAPKAN THESIS MASTER ciksue dan FOKUS terhadap BUSINESS ONLINE ciksue... nak jadi hebat kan kena la multitask...hehe

Diharakan entry ni dapat membantu anda yang nak interview nanti.. semoga anda berjaya..

with love
-suhaini-


Friday 12 September 2014

Resepi Kuah laksa lemak Mok We Original Kelantan - Mudah Dan Sedappppp!!!!

Assalamualaikum w.b.t



 sekadar Gambar Hiasan
Laksa, lakso, laksam, lakse.... semuanya sama, kalau orang kelantan mesti la panggil LAKSO dan LAKSE... apa yang kita tahu, laksam adalah original dari kelantan... 

korang dapatkan bezakan tak yang mana satu laksam yang mana satu laksa... Jangan kompius sudah,.. sebab ramai yang tak boleh bezakan... nak oder laksa tapi tersebut laksam... mesti korang pernah kan...

Kalau anak buah ciksue diorang akan panggil nak YANG PANJANG-PANJANG  (maksud die laksa ) tu... atau  nak  YANG BULAT-BULAT (Laksam) tu... hehehe.. budak2 kan... 


INI LAKSAM namanya... sebab die bila potong die jadi  bulat-bulat...


Kali ni ciksue nak resepi KUAH LAKSA lemak yang warna putih tu... sebenarnya, rasa laksa ni sama jer, tapi apa yang membezakannya ialah KESEDAPAN KUAH nya... Kalau kuah sedap, memang tak henti-henti la orang makan...

Resepi ini, ialah resepi turun temurun Mak ciksue,,,, Tiba-riba rindu mak ciksue pulak...waaaa....
 heheh.. kuah laksa mak ciksue ni memang famous la kampung ciksue ni,,, jangan tak tahu yang mak ciksue ni selalu jadi ketua tukang masak kat kenduri-kenduri di kg ciksue...hehehe

Ada jer orang yang tempah kuah laksa dengan mak ciksue untuk majlis kenduri... Biasa Tok Imam kg ciksue dan Warga nurse kat klinik kg ciksue....

Ini la CHEF MOK WE... untuk tempahan ni....

Kalau tak sedap orang tak tempah kan???? hehehehe.... jangan risau, korang boleh buat kuah laksa yang sedap ni juga.... 


BAHAN-BAHAN ( untuk laksa 1 Kg)

10 biji bawang merah **
4 ulas bawang putih **
1/2 inci halia**

4 keping asam keping
6 ekor ikan yang sudah direbus ( rebus dengan  3 asam keping + 1 sdb Garam Kasar)
( ciksue guna ikan selayang ( ikan sardin) , sebab ikan ni manis)



IKAN SELAYANG


Santan ( 1 biji kelapa)
Garam, gula, 
1/4 cawan air asam jawa
1/2 keping gula melaka ( Nise)
1/2 sudu kecil belacan
sedikit Pak aji...( optional)

4 sudu kecil kerisik 

Cara buat kerisik : 
Amik segengam kelapa yang nak buat santan tu, korang jemur dalam 15 minit then goreng tanpa minyak sampai garing kekuningan.... lepas tu korang   tumbuk guna lesung batu sampai keluar minyak... Selesai






*** untuk makluman korang kan, ramai yang buat kuah lebih dari laksa,.. orang selalu mai komplen menda ni kat mak ciksue... jadi mak ciksue pesan biasa 6 EKOR ikan Selayang sesuai 
untuk 1 kg laksa.. kuah memang ngam-ngam...( TIPS 1)

*** Ratio 1: 6 la ni kan.. jangan la pulak 1kg ikan untuk 1kg laksa..hahahah... haru nanti.....







CARA-CARA

1. kisar bahan yang bertanda **** dan tuang dalam periuk

2. Amik ikan yang sudah direbus dan asingkan tulang-tulang ikan, lepas tu, blend ikan bersama 1    
   cawan santan sedikit... Mak ciksue pesan better guna santan drpada guna air sb tak nak kuah cair  
    nanti..  ( TIPS 2)






3. Selesai blend semua ikan-ikan tadi, korang boleh la masukkan dalam periuk tadi

4. Masukkan Santan, Baru boleh nyalakan dapur gas tu..ehhehh ( TIPS 3)

5. Then masukkanlah kerisik, air asam jawa, asam keping,garam, gula, gula melaka, belacan

6.   Kacau la sehingga mendidih.. INGAT!!! kena sentiasa kacau sampai la mendidih untuk elak
    kuah tu jadi biji-biji macam telur ikan. (TIPS 4) ... cara ni juga untuk dapatkan tekstur kuah tu halus jerrr...hehehe

7. Nak lagi sedap, kalu rumah korang ade budu, boleh masukkan 1/2 sudu budu dalam kuah ni.. tapi
    jangan budu yang kaler merah tu... budu ori yang kaler kelabu tu...heheh ( TIPS 5)


Dah selesai... amacam senang kan... ciksue siap share tips-tips lagi tau,,,, untuk korang dapatkan kuah laksa yang sedap ni... senang ke tak senang....


So untuk makan laksa ni mesti la ulam-ulam kena ada kan... so korang boleh la hiris ulam ni halus-halus... antara ulam yang selalu ciksue guna ialah

* Timun Batang
* Kacang Panjang
* Kubis
* Bunga kantan
* Pucuk-pucuk ( ketereh, serai kayu, pegaga)
* Taugeh
* Daun kesum

Gambar Hiasan

Lagi sedap kalau ada cili kisar.... (  kisar Cili kering+ cuka+ gram).. then tapis untuk buang lebihan air...





So.. selamat mencuba uols....kalau tak paham lagi, boleh calling-calling ciksue..hehehe.... lepas ni walaupun korang kat sabah boleh juga merasa kuah kelantan..hehehhe



Moist Coklat Cupcake Kukus Gebu dan Mudah

Assalamualaikum...


Moist chocolate cake sangat famous kan sekarang, dah jadi macam satu trend pulak bila semua orang nak jual moist chocolate cake ni....

Resepi yang sangat mudah, semua orang boleh buat.... dah banyak resepi yang ciksue guna, tapi resepi yang ciksue nak share adalah resepi yang paling sedap ciksue makan... sebab sangat MOIST!!!


























Kakak ciksue yang kasi resepi ni,... die dah jual berpuluh-puluh bekas dengan resepi ni tau.... cara ciksue ni mengukus tahu.. sebenar resepi kek coklat, tapi ciksue letak dalam cup..comey2 la....

Jom kita tengok  resepinya...


BAHAN-BAHAN

BAHAN A

2 Cawan tepung gandum**
2  cawan gula kastor
1 1/2 sdk baking powder**
1 1/2 sdk soda bikarbonat**
2 cawan serbuk koko**
1 1/2 sdk garam


BAHAN B

1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 sudu esen vanilla

 1 cawan Air panas mendidih

### cawan kertas secukupnya
### Coklat Rice untuk hiasan


CARA-CARA

1.  Ayak bahan-bahan yang bertanda ***
2. Didalam bekas, pukul telur dengan gula sehingga kembang selama 4-5 minit
3. Masukkan bahan yang diayah tadi, then masukkan garam, esen vanilla
4. Kacau hinggal sebati, masukkan susu cair
5. Massukan minyak tadi dan kacau lagi
6. Akhir sekali masukkan air panas yang betul-betul mendidih ok..
7. Selesai, boleh la letakkan 3/4 aduanan ke dalam cup yang dah disusun dalam dulang

** peringatan, pastikan api tidak terlalu kuat tau, untuk elak kek tu merekah, masa kukusan dalam 10 minit...














Kek yang dah siap tapi belum letak topping nyer... Ini lah Hasil nyer....





Untuk Coklat ToPPING ciksue guna resepi ni...

Topping

1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu besar air suam

**** Campur semua bahan dan kacau sehingga sebati.


Nak lagi sedap, ciksue buat topping ICING juga..heheh.. nak kasi cupcake ciksue lagi cantik kan...resepi yang ciksue guna ni sedap, sebab tak muat


Topping CREAM ICING

1 cawan gula icing
1 cawan marjerin
1/2 cawan shortening

**** Camput semua bahan dan pukul menggunakan mixture hingga halus dan berkilat
**** Bahagikan kepada beberap bekas untuk letak warna yang anda suka....
**** Masukkan dalam piping beg dan hias la ikut kekretiviti anda..


Ini antara hasil-hasil yang ciksue buat,.. tempahan dari saudara mara..heheheh





Tempahan adik ciksue untuk majlis renion kawan die..




Yang ni, untuk majlis Hari Raya Sekolah Anak Buah ciksue




Untuk majlis Hari jadi Anak buah ciksue







untuk majlis Hari Raya 2014
















Amacam..heheh... ciksue yakin korang lagi kreatif dari ciksue... mesti lagi cantik kan..heheheh..


Selamat mencuba uolss!!!!



Thursday 11 September 2014

MEALSHAKE dan SEMBELIT

Assalamualaikum w.b.t.




Kali ni nak cerita tentang sembelit... korang tahu kan ape itu sembelit, sebelum ni ciksue pernah share tentang masalah sembelit di  DISINI , bagaimana sembelit terjadi dan  kesan akibat sembelit, korang boleh rujuk situ juga..


Kali ni ciksue nak cerita tentang msalah sembelit di Kalangan KANAK-KANAK,





Alahai mesti kesian kan diorang... kita yang dewasa pom macam nak menangis kalau sembelit, apatah lagi mereka yang memmpunyai kudrat yang kurang dari kita..

Ciksue pernah tengok anak buah ciksue sampai berkerut-kerut sampai merah muka duk terang nak uk2.. kecian kan...

Tak Kecian ke...




Andai kata anak kita dah jadi sampai macam ni.. apa tindakan kita??


Tak akan nak marah anak sebab TAK minum SUSU...
Tak akan nak marah anak sebab TAK makan SAYUR...

Tak akan nak SALAHKAN anak kita kan???


Tapi ape kita dah buat untuk selesaikan masalah anak kita??


Tapi jika anda anda BEBAS dari masalah sembelit  ni, Alhamdullilah Ciksue ucapkan... Syukur..



PUNCA SEMBELIT DIKALANGAN KANAK-KANAK

  • Kurang minum air
  • Memilih makanan, tidak mengamalkan pemakanan seimbang
  • Kurang makanan berserat,
  • Tidak bergerak aktif
  • Trauma untuk membuang kerana pernah merasa sakit apabila membuang air besar
  • Pengambilan serat yang tidak mencukupi
  • Pengambilan cecair yang kurang




CARA MENGATASI MASALAH SEMBELIT

  • Galakkan anak minum air secukupnya dan lebihkan minum air masak
  • Wajibkan buah-buahan dan sayuran yang berserat dalam menu harian anak
  • Berikan jus buah-buahan  sekiranya anak tidak suka makan buah
  • Galakkan anak untuk beraktiviti bersukan dan bersenam
  • Memperkukuhkan tabiat ke tandas secara berkala dan tetap waktunya


Susah Nak Amalkan Tips Di atas SEBAB ANAK SUSAH NAK  MAKAN??



Apa kata Cuba ini... MEALSHAKE SHAKLEE





Bagi ibu-bapa yang mempunyai masalah ini, boleh la mencuba memberi mealshake sesudu kecil kepada anak yang berumur 1 tahun ke atas  3-4 kali seminggu... Ia dapat melawaskan penghadaman anak anda..

Atau boleh campurkan sesudu mealshake ini ke dalam susu anak anda...

Nak tahu apa itu mealshake rujuk SINI YER...



Macamana Mealshake MELAWASKAN ??


  • Mealshake diperbuat daripada bahan semulajadi (buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin  [ sejenis susu] dan lain-lain.
  • Jika anak anda tidak mengemari buah-buahan and boleh la kasi mealshake ni, sebab kandungan mealshake yang mengandungi semua nutrient yang diperlukan oleh tubuh kita
  • Once anak kita dah makan mealsahke ni, automatiknya anak kita dah makan sumber makanan yang diperlukan untuk melawas kan...
  • Tambahan pula mealshake ini juga Kaya dengan serat yang membantu ( peristalsis kolon & perut/ buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.


Jadi anda akan dapat DUA KESAN POSTIVE dengan mealshake ni,... 

Mana tidaknya, niat anda bekalkan mealshake ni untuk anak anda adalah untuk kurangkan SEMBELIT anak anda tetapi SELERA MAKAN anak anda juga pula yang  bertambah.




Mesti happy kan sebab dapat tengok anak kita dah makin selera nak makan....

Ada juga kanak-kanak yang tak makan sebab "FOBIA' nak uk2 sebab sembelit...kesian kan.....






In sha Allah, lepas ni anak anda dapat membuang denga rileks nyer....heheheheh





KEBAIKAN MELASHAKE YANG LAIN PATUT ANDA TAHU !!!

  • Rasa VANILA yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfirst sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utam, protein, fiber, dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesar kanak-kanak
  • Memberikan TENAGA dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan KECERGASAN dan meningkatkan kesihatan
  • Meningkatkan SELERA MAKAN anak
  • Jika anak kerap DEMAM, lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat Mereka yang Tidak pandai telan supplement berbentuk " TABLET"
  • Menangani masalah SEMBELIT pada kanak-kanak.
  • Amat bagus untuk kanak-kanak OBESITI



TESTIMONI MEASHAKE ATASI SEMBELIT !!!















Amacam, bila lagi nak try....  Demi ANAK anda....  Bertindak sekarang !!

Terima kasih kerana sudi membaca ;)





INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA 

INGIN MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN HANYA DUDUK DI RUMAH?
HUBUNGI SUHAINI UNTUK:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!





SUHAINI
SHAKLEE ID : 1099316
suhainibrahim@gmail.com
013-6510540 ( CALL/SMS/WhatsApp)