Friday 10 October 2014

Resepi MAKARONI BAKAR MUDAH DAN SEDAPPP



Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya dapat juga ciksue update blog mengenai resepi ni...hehehe.. dah masuk kali kedua ciksue buat makaroni bakar ni.. kali kedua buat memang tak tengok resepi langsung..hahha.. dah ingat dalam otak..


kali kedua ciksue buat ialah hari raya pertama raya korban yang lepas... hehehe.. orang pergi beraya, ciksue dan kakak adik ciksue duk masak-masak kat umah...hehehe... kebetulan bahan-bahan masih ada.. jadi ciksue pon on jer la...hehehe...



Ini hasil makaroni bakar di hari raya pertama.. Kawan adik ciksue pun makan... sedap katanya... hehehhe... alhamdullilah...


Sebenarnya ciksue guna  Resepi ini untuk buat makaroni bakar ni... hehehe... senang jer adik kakak semua.. yang penting bahan semua ada.

Jum kita tengok resepi nyer... resepi sama dengan makaroni goreng.. tapi yang ini kita bakar..



BAHAN-BAHAN 

MAKARONI

Makaroni 1 plastik atau 200g
150 g daging/ ayam cincang atau 3 keping daging burger dihancurkan
3 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang merah dicincang
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tin sos spageti ( ciksue guna kimball) ( optional )
1/2 cawan tomato puri ( ciksue guna kimbal)
2 sudu besar sos cili
1 sudu sos tiram
2 biji cili kering ( rendam dengan air panas dan tumbuk hingga hancur)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar minyak masak
sedikit gula dan garam secukup masa
sedikit daun sup
capcicum ( hijau, merah, kuning) dipotong dadu kecil ( ciksue tambah )
Italian herba ( 0ptional, tak guna pun tak ape.. kalau ade lagi best sebab bau ala-ala piza @ italian food gituuu,, heheh)


SOS PUTIH

1 Cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah/ italian herba
1 sudu besar tepung jagung ( dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesalade
sedikit garam dan gula

Hiasan : Capcicum, mozarella cheese, cheesalade









CARA-CARA.

Mula-mula kita kena goreng makaroni ni dulu macam makaroni gorenng yer

1. Rebus makaroni di dalam periuk dengan menggunakan sedikit minyak supaya makaroni tidak
    melekat selama 10-15 minit dan tos kan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar sehingga
    naik bau . Kemudian masukkan cili kering yang ditumbuk

3. Kemudian masukkan daging/ayam cincang @ daging buger dan kicau sehingga airnya kering.

4. Masukkan puri tomato, sos spageti dan gaul sehingga sebati. Then masukkan sos cili, sos tomato,
    sos tiram, garam dan gula secukupnya. Msukkan sedikit daun bawang supaya naik bau. Kacau
    sehingga pekat dan masukkan sedikit italian heba.

5. Seterusnya masukkan makaroni yang sudah di tos ke dalam kuah tadi dan kacau sehingga sebati.
6. Tutup api dan biarkan seketika.



Makaroni yang siap digoreng






CARA MEMBUAT SOS PUTIH

1. Cairkan mentega di dalam kuali, kemudian masukkan sekeping scheesedale.
2. Kacau hingga cair , baru lah dimasukkan susu segar.
3. Masak sehingga susu mendidih, dan masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah
4. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.



CARA MEMBAKAR MAKARONI

1.  Sediakan bekas tahan panas atau bekas aluminium.

2. Masukkan sedikit makaroni yang siap di goreng di lapisan bawah.. selepas letak sekeping
    cheesedale ke atas nya. Then lapiskan dengan sos putih dan sedikit mozarella cheese ( Ciksue letak
    cheese banyak sebab lagi sedap,hehe)








3. Masukkan sedikit lagi makaroni di atas nya, dan letak cebisan-cebisan cheesedale dan tabur  mozarella cheese.




4. Letak capcicum sebagai hiasan dan sedikit italian herbal bagi membangkitkan bau nye







5. Bakar  selam 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160c.








Siap.. sedia untuk di makan...







hehehe,,, senang jer...

Selamat mencuba uolss !!!











7 kriteria memilih SOY PROTEIN

Assalamualaikum w.b.t

Saya doakan anda semua sihat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Kali ni ciksue nak share sedikit info mengenai ESP.

ESP ni kalau anda nak nak tahu merupakan HOT ITEM!!!!

Ciksue memang setiap pagi akan minum 1 gelas ESP sebelum memulakan apa-apa kerja.. kalau tak minum rasa macam tak lengkap..heheh..






Sebab ESP ni sangat MUDAH, CEPAT dan SEDAPPPP !!!


MUDAH sebab tak perlu bancuh dengan air panas.. kalau nak cepat memang tak perlu la kalut-kalut masak air.

CEPAT sebab sambil jalan-jalan nak pergi kerja atau kelas pom boleh shake shake dan minum

Dan Semestinya SODAPPPP!!! hingga ke titisan terakhir.



BEST KE ESP NI ??

Antara soalan yang sering di tanya oleh mereka-mereka ialah :


Best ke minum soya ni ?

Apa rasa ESP ni ??

Selamat ke minum ESP ni ??

Apa Beza brand xxx ni dengan ESP  ni??


Ini antara soalan-soalan yang sering ditanya oleh mereka-mereka di luar sana.. Sama tak dengan apa yang anda tengah fikir sekarang ??

Sebenarnya mereka ni nak cuba ESP ni, tapi mereka takut dan ragu-ragu nak cuba produk kacang soya ni mungkin disebabkan banyak rumours mengenai susu soya

Ada RUMOURS kata soya ni produk ISRAEL, dimana ia boleh menyebabkan KEMANDULAN , ada juga yang kita soya ni penyebab KANSER dan macam-macam lagi la keburukan soya ni disebarkan.


Bawa bertenang ya puan puan dan tuan- tuan, sebelum kita membuat keputusan elok la kalau kita lebihkan sedikit pembacaan kita yer..hehehe

Bukan soya penyebab kepada keburukan-keburukan ini, cuba anda perhatikan sejak berpuluh puluh tahun dulu, orang jawa makan tempe dari soya hari- hari. Okei jer diorang kan... 

Tauhu semua tu kan produk soya, kenapa kita masih makan pulak kan






Jadi, masalah sekarang ialah bagaimana untuk kita memilih produk protein yang betul- betul berkualiti.

Nak beli apa- apa pun mestilah kena ada kriteria-kriteria tertentu kan.

Contoh nya, kalau kita nak beli baju pun kita pilih yang elok- elok kan. Tak nak yang kain panas la, tak nak yang jarang la.

Pendek kata, semua benda yang kita pilih ada ciri-ciri dan standtard tertentu.


7 KRITERIA PENTING DALAM PEMILIHAN SOY PROTEIN


Ini ialah antara 7 kriteria yang penting anda perlu tahu dalam memilih Soy Protein yang baik dan berkualiti.






























1. KACANG SOYA ITU MESTI LAH TUMBUH SECARA ORGANIK

Kajian menunjukkan penanaman secara kimia ( bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurang.

Penggunaan pesticides, fungicides, herbecides akan menyebabkan nutrisi di kacang soya akan hilang. Sangat penting penggunaan bahan kimia ini tidak digunakan sepanjang pertumbuhan kacang soya ini.

Jadi make sure, bila nak beli produk soya tengok dulu samada organik atau tidak.




2. SOY PROTEIN ITU MESTILAH MENGANDUNGI 9 ASID AMINO PERLU

Badan kita memerlukan kesemua 9 amino asid ini untuk menghasilkan hormone, jus peghadaman, antibody dan enzyme.

9 amino acid ni tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, dan mesti diperolehi daripada diet harian kita.

" If one essential amino acid is missing, the imune system can be despressed 30% and many important body function are delayed or stop "

Pentingkan amino asid ni kan....




3. KACANG SOYA ITU MESTILAH NON- GMO ( non-genetically modified organism)

Non GMO dan GMO ni lebih kurang macam Vitamin Natural dan Vitamin Sintentik la..

Produk soya ( GMO) ialah produk yang telah diubah suai genetiknya, sehingga serangga pun tak lalu nak makan.

Pengubasuaian inilah yang boleh menyebakan allergy, toxin dan potensi kanser.

Biasanya produk soya GMO ni adalah lebih murah untuk dihasilkan. Malangnya yang menjadi mangsa ialah mereka yang tidak tahu dan terus menerus membeli produk- produk GMO ini.

Dr, Louis J. Pribyl, a Brazilian goverment scientist menekankan bahawa berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.

Jadi lepas ni, sebelum beli produk soya, pastikan anda cek di label semada NON-GMO atau tidak yer.



4. SOYFLAKES MESTI DIBERSIHKAN DENGAN AIR DAN BUKAN ALKOHOL

Ini juga perlu dipertimbangkan dan perlu di ambil serius.

Semasa proses pembuatan soy isolate, ada kebanyakkan syarikat menggunakan alcohol untuk membersikan soyflakes.

Alkohol tu dah la HARAM kan.. jadi faham-faham la kan... ia juga memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%

ISOFLAVONE sangat penting dan diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan  bermanfaat dalam penyeimbangan hormone.



5. PROSES PEMBUATAN SOY PROTEIN SEBAIKNYA TANPA PEMANASAN

Sebagaimana yang kita tahu, asid amino atau protein sangat sensitive pada suhu panas.  Ada kajian menunjukkan protein yang di masak dengan suhu tinggi akan menghancurkan sehingga 50 % asid amino perlu.

Jadi sekiranya kita sering makan diet yang kekurangan 'essential amino asid' ia akan memberi kesan kepada perkembangan otak dan hormon atau perkembangan tisu badan juga akan terbantut.



6.BAHAN-BAHAN ANTI THYROID / ANTI- GROWTH SUBSTANCE MESTI DISINGKIRKAN

Soya mentah mengandungi 'anti growth', 'anti- tyrosine' substances. Kekurangan ' tyrosine' ini akan menyebabkan tekanan darah rendah, suhu nadan rendah, dan ' restless leg syndrome'

Oleh demikian, pentig untuk kita pastikan jenama produk soya yang kita pilih menggunkan " ectracting process" yang mengyinkirkan bahan-bahan tersebut.

Dan pada masa yang sama ia juha masih mengekalkan keaslian soya dan mengekalkan paras asid amino serta insoflavones yang tinggi.



7. SOY PROTEIN POWDER HENDAKLAH DITAMBAH UNSUR KALSIUM

Untuk pengetahuan anda, kacang soya adalah bahan yang NEUTRAL ( bukan asid atau pun bukan alkali)

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan, semasa penghasilkan soy powder, minyak kacang soya ( soybean oil) perlu disingkirkan supaya soy powder itu tidak mudah berbau. 

Proses ini menyebabkan soy powder menjadi sedikit berasid.

Oleh itu, amat penting untuk pengeluar soy powder menambah kalsium ( unsur akali) yang mencukupi untuk menjadikan ia neutral semula.

Tetapi kebanyakann pengeluar TIDAK menambah kalsium yang cukup dalam produk mereka.



Sudah jelaskan kriteria-kriteia yang diperlukan kan...


BAGAIMANA DENGAN ESP ( ENERGIZING SOY PROTEIN ) SHAKLEE ?


Alhamdullilah, ESP memenuhi kesemua KRITERIA-KRITERIA di atas

Sebab itu la, ciksue tanpa was-was dan ragu-ragu minum susu soya yang sedap ini dalam diet harian ciksue.


Apa yang penting di sini, ciksue nak ingatkan penting untuk kita FAHAM kenapa kita perlu memilih produk soya tersebut.

Janganlah kita memilih berdasarkan populariti atau harga produk tersebut...hehehe...


Bagi ciksue ESP SHAKLEE adalah MUDAH CEPAT dan SEDAP.. tambahan pula JIMAT...

1 BOTOL boleh tahan sehingga 2 bulan... Harga nya pun mampu milik okei...
Lelaki dan Perempuan DUA-DUA boleh minum.


Nak tahu keistimewaan ESP boleh baca SINI


UNTUK PENGETAHUAN ANDA


BULAN OKTOBER 2014 MERUPAKAN PROMOSI ESP !!

ESP BUY 6 FREE 1
( SAVE UP TO RM400+)





DENGAN SETIAP PEMBELIAN INI ANDA LAYAK MENDAPAT

* FREE MEMBERSHIP* 
* FREE 1 ESP*
* CASH BONUS*
* BERPELUANG MNYERTAI GROUP MFMS YANG HAPPENING *

PROMOSI SAH SEHINGGA 31 OKTOBER 2014 SAHAJA.

CEPAT DAPATKANNYA SEKARANG !!



Untuk dapatkan produk soya anda boleh hubungi ciksue yer 013 6510540.







Thanks For reading! :)





Friday 3 October 2014

Cabaran 40 hari bersama NUtriwhite SHaklee

Assalamualaikum. ..


Selamat pagi dalam salam jumaat anda semua, Saya doakan anda semua berjaya di dunia akhirat
Tak sabar- sabar ciksue nak buat entry ni.. 

AL maklumlah ciksue nak share something kat korang ni...Semalam ciksue pergi branch untuk top up bekalan vitamin ciksue untuk kegunaan ciksue sendiri...

Vitamin - vitamin yang dulu ciksue beli time bulan april yang lepas... dah nk dekat 5 bulan ciksue consume....memang tahan lama kan....


Hasil tangkapan di Beanch.. semua item ni ciksue makan..kecuali Basic H tu...hehehhe






























Tapi entry kali ni, ciksue tak nak cerita tentang supplements semua tu.....
Tapi ciksue nak cerita tentang 2 kotak kecil kaler putih yang atas COllagen tu... cer ushar balik....hehehe


Sebenarnya dah lama ciksue teringin nak consume set penjagaan kulit NUtriwhite shaklee ni... Jangan tak tahu yang shaklee pun ade produk skin care ni tau... setaraf dengan estee Lauder gitu....


Selama ni ciksue dah jatuh cinta dengan vitamin-vitamin kulit seperti vitamin E dan VItamin C kan....
Jadi ciksue nak try la untuk perlindungan luaran pulak... kena jaga luar dalam la kan....































So, semalam ciksue beli la sebab ade bajet lebih kan...hehehe... ciksue beli ni pom sebab dah review bnyk testimoni sebenar yang sangat berpuas hati dengan set ini....

Memang excited la ciksue nak try product ni kan... ciksue just guna set basic dulu untuk permulaan iaitu Gentle Deep Foaming Cleanser dengan Soothing Radiance Whitening Softner.
































Sepatutnya set asas, ade 3 items.. tapi ciksue just try dua jer dulu..sebab ciksue tak minat sangat kalau
 krim-krim ni..heheh

Actually muka ciksue ni ade masalah parut jerawat dan jeragat.... jadi sesuai la guna set nutriwhite.
Tapi kalau anda ada maslah kulit yang sensitive set nutriwhite tak sesuai sangat... dan better amik set Skin Care Enfuselle


Ptg semalam first time ciksue pakai.... botol die agak besar... 150g.... memang boleh tahan lama...
Kebanyakan testimoni yang ciksue review, mereka guna pencuci muka ni shingga 6-8 bulan untuk 1 botol.....


Pergh!!! Memang tahan lama la kan... JIMAT BERBALOI - BALOI...Nak buat camne sebab guna skit jer dah berbuih2....

Macam biasa la kan, ciksue apply kat muka, memang lembut jer pencuci muka ni bila kena kulit ciksue, bau die tak ade....kata natural ingredients kan...hehehe

So, lepas cuci muka rasa...macam best jer... nak kata terus hilang semua parut2 memang tipu la kan... baru 1st try kot...hehhe. ..

Yang best nyer sebab rasa kulit muka lembut bila sudah cuci....

Bila selesai cuci muka, ciksue apply pulak softner kat muka.... rasa macam segar jer muka, hilang la kotoran-kotoran kat muka ciksue ni... muka pom rasa lembap jer....

Ni baru hari pertama...tapi ciksue berpuas hati.....Sekarang ciksue nak buat cabaran 40 hari bersama nutriwhite ni.... yesss...40 hari....

Dalam masa 40 hari ni...ciksue akan update ape perubahan yang berlaku kat muka ciksue... semoga parut2 ciksue akan hilang. ..in sha allah...

Next entry ciksue akan cerita apa kebaikan dan kegunaan set nutriwhite ni yer....

Dan nantikan update ciksue tentang cabaran ini....hehehe.... doakan ciksue yer....



Muka ku yang bare.... banyak kan parut jerawat 



Wasalam...



Thursday 2 October 2014

Minyak Naik Lagi !!! Syukur Lah..

Assalamualaikum w.b.t.


Memang Tragedi Oktober betul kan... semalam kecoh di media massa tentang kenaikan minyak... Ramai yang update status di FB mengenaik kenaikan ni...

Newsfeed saya di Facebook, Whatsapp dipenuhi dengan berita harga minyak RON95 dan Diesel dah naik 20 sen.

Ramai yang Marah, Kesal, dan tension bila dapat tahu tentang kenaikkan ni...

Asal nyer saya tidak tahu tentang kenaikan ni sampai la akak saya post di group Whatsapp tentang berita yang didengar nyer...

Maka saya pun terus ushar di Facebook, maklum lah, facebook sekarang kan dah menjadi sumber 'utama' kalau bab-bab HOT ni... 

Sekali buka FB, semua orang duk cerita tentang kenaikan ni...










Jika tak silap saya, bulan MAC 2013 kenaikan 20 sen sudah terjadi... time tu pun ramai yang naik angin... Tahun ni naik pulak.. sape yang tak naik angin kan....






Maka beraturlah mereka-mereka di setesen minyak untuk mengisi Full tank... kadang-kadang saya pelik, masyarakat kita ni memang cepat nak melatah.. bila minyak naik jer, terus pergi beeratur di stesen minyak...

Bukan nyer bila isi full tank, minyak tue jadi BEKU dan boleh tahan sampai sebulan kan...  Daripada kita beratur ramai-ramai lebih baik kita berada di rumah, jimat lagi minyak... 


Akibat marah akan tindakan ni, maka macam- macam lah idea-idea KREATIF yang keluar untuk menunjukkan "ketidakpuasan" hati kepada pihak kerajaan...























SampaI sidia ni pun jadi mangsa..alahaiiii......






Kebanyakkan mereka kesal bukan disebabkan kenaikkan, tetapi mereka kesal akibat "JANJI" yang dulu tidak ditepati...


AKIBAT KENAIKAN


Mungkin saya tidak layak untuk bercerita mengenai kenaikan minyak ni, sebab saya tidak mempunyai kereta, Maka saya tidak dapat merasa apa "perasaan" pemandu-pemandu kenderaan ni bila mengetahui akan kenaikan ni....

Tetapi dengan kenaikkan ini, banyak perkara akan tempias,  Dari segi ekonomi, kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel ini memberi kesan berantai terhadap produk produk lain. 

Ini kerana berlakunya peningkatan dalam kos pengangkutan. Harga gula akan naik, harga tepung akan naik, harga telur akan naik, harga ikan akan naik. Pendek kata, SEMUA BARANG AKAN NAIK HARGA.










































Ini adalah pesanan mentor saya ( Master Firdaus ) mengenai kenaikkan harga minyak ni... Pandangan beliau ini diutarakan pada Mac tahun lepas.... Apa yang beliau katakan memang benar bahawa kenaikan ini akan sentiasa berlaku....


Nak tahu apa katanya...CER BACA BAWAH...

******************************************************************************************************************************************************************

Ini Masalah Dunia

Saya langsung tak menyebelahi kerajaan disebabkan kenaikan harga minyak ini. Tapi, saya juga nak kita semua faham. Sebutlah negara mana pun. Anda pergilah kemana pun. Semua harga barang di seluruh dunia dah naik. Ini betul. Hakikat yang terpaksa kita akui.

Saya bersembang dengan pekerja Bangladesh saya, mereka beri tahu. Harga barang di Bangladesh naik hampir 2 kali ganda berbanding 6 tahun lepas. 

Pergilah ke negara Indonesia misalnya. Harga minyak di sana pun sudah naik. Walaupun Indonesia juga merupakan negara pengeluar minyak.

Pergilah ke US, UK, France atau dimana mana sahaja. Masalah inflasi berlaku dimana mana sahaja. Kadar peningkatan inflasi lebih laju berbanding kadar kenaikan gaji kita.

Namun.... Tiada apa yang mampu kita lakukan. Semua ini diluar kawalan kita. By hook or by crook. Kita tak boleh elak harga minya akan naik. Kita tak boleh elak harga barang akan naik. Kita tak boleh elak berhadapan dengan krisis ekonomi. Suka tak suka..... Terimalah seadanya.


Fahami sistem ekonomi kapitalis & inflasi, tidak pernah dalam sejarah harga barang akan semakin turun, tidak pernah dalam sejarah harga rumah akan semakin turun, tidak pernah kos sara hidup akan menurun, itu sistem ekonomi yang telah wujud. Dan jangan buang masa buat masa ini untuk merubah sistem ekonomi dunia


Menyesuaikan Diri Dengan Keadaan Semasa


Apabila berlakunya kadar peningkatan kos kehidupan hari ini. Saya amat benci apabila ada menteri yang berkata.

"Kalau harga ayam naik, kita semua jangan makan ayam."

"Kalau harga gula naik, kita kurangkan makan gula."

"Kalau harga minyak naik, guna motosikal. Jangan guna kereta."

Wak lu beb....... Saya marah gile dengan......... Senang senang aje mereka bagi 'solution' macam ni. Kalau macam ni, baik lantik saya aja jadi Menteri. Saya pun boleh cakap kalau macam ni.

Lepas tu, panasnya telinga dengar.

"Kita akan pastikan, kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat". 

Adoyai. Harga barang tak naik pun rakyat dah terbeban. Inikan pula harga barang dah naik. Mesti lagi terbeban.



Pilihan Di Tangan Anda


Sebelum ini, maksud saya sebelum saya dengar ceramah Prof Muhaya dan kursus Dr Azizan Osman. Saya antara mereka yang dok 'melenting', 'marah' kerajaan bila berlaku kenaikan harga minyak ini.

Tapi, selepas saya mendengar ceramah dari mereka berdua. Mentaliti saya berubah. 

Saya tidak boleh mengubah ekonomi dunia. Tetapi, saya boleh mengubah ekonomi saya. Ekonomi dunia di luar kawalan saya. Tetapi, ekonomi saya dibawah kawalan saya. Saya boleh 'control' ekonomi saya sendiri. Saya yang pilih sama ada mahu mempunyai pendapatan besar atau pendapatan kecil. 

Pilihan Di Tangan Saya


Apa yang saya ingin kongsikan, tak usahlah kita mengeluh atau mencarut marahkan kerajaan, (Dalam hati tengah marah ni, tapi rileks saja) sebab jika kita marah macam mana pun kepada mereka, ia tidak akan menyelesaikan masalah kos kenaikan harga barangan yang bakal menjelang.

Apa yang saya boleh buat untuk menghadapi situasi ini? Dulu saya mesti merungut. Tapi selepas pergi Kelas Dr Azizan, saya diajar untuk buat 2 benda.

1) Kurangkan kos kehidupan
2) Cara jalan tambah pendapatan


Sekarang !!! Pilihan Di Tangan Anda

Para pembaca yang saya kasihi sekalian, dengarlah apa yang saya kongsikan ini. Hari ini, kenaikan harga barangan pasti berlaku. Dan ia tidak akan berhenti. Harga barang akan terus meningkat. Sooner or sooner. Tahun depan naik lagi. Dua tahun depan, naik lagi. Dan begitulah seterusnya. Jangan mimpi harga barang akan turun ok.

Suatu hari nanti, gaji anda tidak akan boleh menampung 'gegaran kewangan' ini jika anda tidak bertindak dengan segera.


Harap anda tidak perlu berhadapan dengan situasi ini.

Pada waktu itu, anda akan rasa 'menyesal'. Mengapa anda tidak bertindak hari ini. 


Nasihat Saya Kepada Anda

Kepada para pembaca yang saya kasihi, pembaca blog ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Jika anda seorang yang berkerja dan pendapatan anda sudah stabil. It's ok. Insya Allah. Anda tidak akan bermasalah menghadapi kenaikan harga barang ini. 

Kenaikan gaji anda mampu untuk 'cover' kenaikan harga barang.

Tapi, saya ingin bercakap dengan sebahagian besar pembaca blog ini yang mungkin termasuk dalam golongan seterusnya. Iaitu, pendapatan anda biasa biasa sahaja. Tak sempat cukup bulan, duit dah nak habis. Terpaksa berhutang di sana sini.

Jika anda termasuk dalam golongan ini. Saya nasihat saya kepada anda. Berubahlah. "INIKALILAH, ANDA MESTI BERUBAH".

Jangan buat Over Time di tempat kerja anda untuk menampung kenaikan harga barang ini. Ia hanya menyelesaikan masalah anda seketika sahaja.

TAPI, BUATLAH SESUATU YANG LAIN. UNTUK MENDAPAT HASIL YANG BERBEZA, KITA PERLU MELAKUKAN PERKARA YANG BERBEZA.


Cadangan saya...... BUATLAH BISNES.


Tolonglah diri anda. Buatlah sebarang bisnes. Carilah mentor yang sudah berjaya dalam bisnes yang ingin anda ceburi. Belajarlah daripada mereka. Kemudian,  bertindaklah segera. Buat secara perlahan lahan. Part time. 

Buat bersungguh sungguh. Pada waktu ini, janganlah merungut. Sebab hidup anda akan berubah. Hidup anda akan 'sengsara'. Sebab anda terpaksa melakukan terlalu banyak perkara pada satu satu masa.

Dan apabila anda hendak menceburi satu satu bisnes, buatlah bisnes yang kurang risiko. Tak memerlukan modal yang besar. Dan boleh dimulakan secara part time.

Mudah mudahan. Suatu hari nanti. Anda akan menjadi seorang yang berjaya. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Pada waktu itu, anda akan tersedar. Anda berubah hari itu disebabkan harga minyak naik hari ini.

Pada waktu itu, anda akan terasa. "Alhamdulillah..... Harga Minyak Naik Hari Itu"

Sebabnya, kenaikan harga minyak inilah yang telah menyebabkan anda berubah. Berubah dari seorang yang hidup biasa biasa kepada seorang yang hidup luar biasa.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda.

Selamat berjaya. Selamat berjuang. Semoga anda kaya dan berjaya.


***************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************

MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK CIKSUE.....


Macamana??? sentap tak baca pandangan beliau...

Sekarang kita yang patut berubah, walaupun ciksue masih tidak mempunyai tanggungan, walaupun ciksue masih tidak mempunyai komitment yang besar, ciksue sedar yang perkara ini akan berlaku lagi masa akan datang.

Ciksue tak nak disebabkan kenaikan harga minya ni, hidup ciksue tak tenteram, perbelanjaan ciksue tersekat... ciksue patut cari tindakan untuk overcome perkara ni....

Untuk itu, ciksue mula berjinak-jinak dengan business untuk mencari side income bagi menghadapi situasi sebegini....

Kesedaran ini timbul dan keinginan ciksue  untuk berbusines membuak-buak bila ciksue TERBACA ebook ini... 








Kita hanya diberikan 2 pilahan kan  samada

1) Kurangkan kos kehidupan
2) Cara jalan tambah pendapatan

Pilihan ciksue mesti lah TAMBAH PENDAPATAN !!!

Kami juga di didik untuk menjadi positif, berfikiran positif... sebab tu la, kami -kami ni RILEX jer bila minyak naik....

Mungkin kenaikan ni ada hikmah nyer.... kita mana tahu kan...


Fikir-fikir kan lah... PILIHAN DI TANGAN ANDA...

Wasalam.