Sunday, 4 January 2015

Resepi Tart Telur Mudah dan Simple

Assalamualaikum w.b.t



Dah lama entry ni bertapak dalam draft...hahah... dari tahun lepas lagi kot.... kali ni ciksue try completekan ia.... ciksue nak share resepi tart telur... heheh..... walaupun ghupa die tak cantik..yang penting sodap n lemak berkrim...hehehe...

Time ciksue buat ni, kebetulan mak sedara ciksue datang.. jadi rezeki die... die siap tapau buat balik lagi...hahahah






BAHAN-BAHAN KULIT ( crust)


**** Yang dah ciap pom banyak orang jual,,,tapi ciksue try buat sendiri...

250 g tepung gandum
120 g buttercup
40 g gula icing
1 biji kuning telur
1/2 esen vanilla

CARA-CARA

1. Pukul sebentar butter dan gula icing



2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla
3. masukkan  tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh..




4. lLepas dah jadi doh... ambil sedikit..dan letak dalam acuan tart..then tekan-tekan rasa macam ketebalan dia dan cun



Lepas tu, bakar crust  separuh masak dalam 150c dalam selama 10 min... sebelum bakar.. korang cucuk-cucuk dulu bahagian tengah crust dengan garpu yer..









BAHA-BAHAN INTI TART


250 ml susu cair
2 biji telur
60g gula kastor
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan tepung kastard



CARA-CARA

1. Campur semua bahan - bahan ke dalam periuk
2. Guna api kecil dan kacau sehingga ianya berbuih di tepi periuk
3. Angkat dan masukkan ke dalam jug









4. Sejukkan sebentar dan boleh la tuang ke dalam crust ( kulit)



5. Bakar lagi tart selama 10 minit dan SIAP!!!;;;;



Senang kan... heheh... memang leceh sikit sebab kena sabar.... selamat mencuba uolss!!!... lepas ni dah boleh buat tart sendiri dah..hehhee