Saturday 20 September 2014

Pengalaman Temuduga SPP Pegawai PPT DH 41 September 2014

Assalamualaikum..


Apa khabar korang semua, harap semua nye sihat-sihat semuanya... dah nak dekat seminggu ciksue menghilangkan diri kan... heheh.. hari ni baru berkesempatan nak update blog balik...

Kemana saya menghilang??? Sebenarnya ciksue masih ada jer kat malaysia ni.. tapi rehat sekejap untuk buat preparation untuk menggapai salah satu impian ciksue.. cewahh!!! hehehe...

Okei ceritanya macam ni, ciksue baru jer selesai interview SPP semalam bersamaan 19 september 2014. So sepanjang minggu lepas ciksue sedang menpersediakan diri untuk di soal jawab dalam bilik "peperangan" nanti.... 

Jadi entry kali ni, ciksue nak share pengalaman ciksue time interview, diharpkan dapat membantu mereka-mereka yang nak interview Spp nanti..


DAPAT SURAT TAWARAN.



Surat tawaran ciksue..







Alkisah ciksue dapat surat tawaran ni 3hb September 2014. Masa ni ciksue masih kat kelantan di rumah sebab masih cuti kan. Bila posmen kasi surat tu ciksue tengok kat sampul surat tulis Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. 

Ciksue dah pelik, surat SPP untuk ape pulak kan.. surat mintak hutang ke ape ke kan.. cuak la juga...

Bila buka jer ciksue baca "Temuduga Pelantikan Ke Jawatan Tetap Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 Bidang Sains Pengurusan Taman dan Rekreasi"

Badan ciksue dah tergaman, terkejut sambil mengiggil tangan ciksue pegang kertas tu.. sebab memang perkara yang tak dijangkakan.. Alhamdullilah ciksue dapat interview goverment for the first time in my life..

Ciksue terus pergi dapur tunjuk surat kat ciksue dan peluk mak ciksue, mak ciksue dah risau nape kan, then bila ciksue bagitahu baru die faham. Mak ciksue pom gembira sangat..

Start dari jam tu, memang badan ciksue menggigil sangat-sangat.. hehehe... tak tahu nape, mungkin sebab yang tak expert belaku...

So ciksue duk pikir apa jawatan PPPT ni kan.. ciksue wasap akak ciksue tanya, rupanya PPPT ni jawatan sebagai pensyarah politeknik atau kolej komuniti... oooo.. baru ciksue tahu.. 

Ciksue duk fikir bila la aku apply kan.. rasa-rasa macam dah nak dekat 2 tahun kot ciksue apply..hehehe... alhamdullilah rezeki...


PREPARATION  SEBELUM INTERVIEW


Lepas jer dapat surat tue, ciksue terus search google pengalaman-pengalaan mereka yanng dah pernah pergi interview SPP, cari ape soalan-soalan yang biasa di tanya, follow group PPPT DH41, buka forum pppt dh41, dan macam-macam la...

Ciksue ade masa dalam 2 minggu untuk study balik ape yang ciksue dah belajar, rujuk kawan-kawan ciksue sebab dah lama kan tinggal subjek ni. Nasib baik jawatan yang ciksue dapat ni memang bidang yang ciksue belajar time degree dulu..

Sepanjang 2 minggu  ni jugak la, ciksue tak lalu makan, hati asyik debar jer..hahahah... memang kalut kan ciksue ni... sebab first time kot..memang gelabah la kan...heheheh.. ( ciksue jer kot yang rasa macam ni)...hehehe

So dalam masa 2 minggu ni, ciksue BUAT NAMETAGE, SIAPKAN SIJIL-SIJIL dan DOKUMEN-DOKUMEN yang diperlukan...

Based on pengalaman orang lain ciksue baca semua apa yang berkaitan dengan negara, dengan pendidikan.. so antara perkara yang korang kena baca kalau nak interview spp ialah

  • Berkaitan Negara
  • Rukun negara
  • sejarah kemerdekaan negara
  • Falsafah pendidikan
  • plan pembangunan pendidikan
  • Tentang KPM, KPT, SPP
  • Tentang KABINET
  • Bajet 2014
  • Rancangan Malaysia ke 10/ ke 11
  • NKEA
  • Nama-nama menteri
  • Berkaitan politeknik/ kolek komuniti ( Organisasi, visi, misi, bilangan, sejarah, etc)
  • Isu-isu semasa ( sekarang panas tentang  kebocoran UPSR, isu MH--- )
  • Berkaitan dengan bidang kita

Jadi ni antara perkara yang korang kena take note tau, just baca dan ambil tahu serba sedikit untuk preparation, atleast kalau panel tanya korang ada la point nak cerita.

Selain tu ciksue try cari sape-sape yang bakal interview pppt ni, walaupun kita tak kenal mereka kita just make a friend okei..



SEHARI SEBELUM TEMUDUGA


Disebabkan ciksue dah ada kat UTM Skudai, so ciksue terpaksa naik bas ke Shah Alam... Sebab interview kat PUTRAJAYA... so terpaksa la mintak belas kesian abang ciksue menetap di rumah die dan jadi driver ciksue untuk ke putrajaya..

Ciksue sampai S.alam dalam Jam 4 petang.. cramp badan ciksue sebab lama sngat atas bas.. hehe.. so malam tue ciksue cek balik sijil- sijil, susun ikut susunan yang sudah ditetapkan. iron baju, praktis cakap-cakap sikit..hehe..

Resume ciksue just bawak, tapi diorang tak mntak pom, salinan sijil tue just stapler jer..

Dan tidor awal, sebab ciksue kena ada kat putrajaya JAM 7 PAGI.. Memang awal kan.. jadi memang terpaksa gerak awal dari S.alam..


HARI TEMUDUGA



Ini la pakaian yang ciksue pakai... ciksue prefer pakai yang plain dan x bercorak sangat.. blazer tu optional.. kalu pakai nampak professional sikit...ehhehe... kasut make sure bertutup tau... abaikan muka ciksue yang eksited tu..hehehe



Ciksue bergerak dari S.alam dalam jam 6. 30 pagi... so sampai kat putrajaya dalam jam 7 pagi.. memang abang ciksue drift habis..hehehe.. so terus kami cari BLOK B, Kompleks Perdana Menteri

Masa ciksue sampai tu, dah ramai dah calon-calon lain yang sampai, dalam 20 orang macam tu la, semua duk beratur nak amik pas pelawat. Masa ni korang kena tinggal lesen memandu atau apa-apa pengenalan kat p.guard.

Time duk beratur ni, ciksue tegur la seorang calon ni, borak-borak buat kawan, sebab die pom sorang,.. kami borak-borak macam dah lama kenal..hehe.. sebab nak hilangkan debar kan, tapi dia interview bidang landskap.. Dah khawin rupanya akak tu, nampak muda jer...hehe

Bila dapat pas, kami terus masuk dan cari bangunan SPP, bila dah ada kawan tak de la rasa sorang-sorang kan.. so, korang nanti make sure tegur jer sape-sape yang ada kat sana, jangan nak jadi pendiam.. heheh.


Bila dah sampai kat bangunan spp, kami terus pergi ke bahagian temuduga, jangan risau, tak akan sesat sebab ada direction. interview ni dah mula sejak 15 hb lagi, jadi ciksue rasa ciksue dalam kumpulan yang terakhir kot sebab 19 hb hari last iv rasanya..



DI MEJA URUSETIA


Sampai kat bilik tu, urusetia akan panggil tandangan kedatangan, then diorang akan panggil nama yang dah di sign untuk cek sijil-sijil. Masa ni MAKE SURE sijil korang dah di susun dengan betul, ikut jer susuanan yang dah disediakan. 


Dia akan mintak satu salinan sijil dan file sijil-sijil asli. Nasib baik sijil-sijil ciksue dah betul, tak sampai 5 minit ciksue dah selesai cek sijil. 

Tapi ade juga ciksue tengok calon sebelah ciksue kena susun satu-satu sijil semula, jadi ni akan bazirkan masa korang, nasib baik urusetia hari tu baik-baik jer, tak kena marah.

Untuk sijil-sijil ni pom diorang ada markah juga tau.. So make it Perfect !


Bila dah selesai amik sijil,. ciksue tengok urusetia tu amik file ciksue dah calon-calon yang lain bawak masuk dalam bilik temuduga 8.. Ciksue dah debar, aih tak kan dah nak start kan.. awal lagi kot, ciksue tak sempat buka nota lagi ni..hhuhu..

Sebab semalam kawan ciksue pom iv, tapi turn diorang lambat...

Ciksue tengok jam kul 8 pagi dah.. TIBA-tiba urusetia panggil nama kami berlima suruh berdiri tepi bilik iv tu... waaaaa... memang kalut sangat cik sue time tue..hahaha.. sebab tak prepare lagi... nametage pom tak pin lagi...

Kami pom bangun la berdiri, interview ni by group tau.. 5 orang sekali masuk, .. rupanya, kami fisrt group yang iv pagi tu, sebab diorang buka 9 bilik iv semuanya.... sambil-sambil berdiri kami duk cek pakaian masing-masing, sb semua masih terkejut kan...

So kakak urusetia tu pesan la kat dalam nanti ade 2 orang panel, satu puan satu lagi panggil tuan haji, die pesan bila loceng bunyi masuk yer...

Okeii..kami tunggu jer loceng bunyi.. kebetulan nama ciksue adalah yang no 4, jadi ikut jer la orang depan masuk kan..

Kami bawa handbage jer, sebab file- file kami urusetia dah tolong bawak masuk tadi, rupanya bilik iv tu kecil jer, tak perlu nak jalan jauh.. Alhamdullilah..


Ini lah, group sama bilik ciksue.. semua ciksue tak kenal, mereka semua budak uitm...heheh.. tapi kami dah macam kena lama...memang best la korang!!!
































DALAM BILIK INTERVIEW


































Bila masuk jer, kami bagi salam dan berdiri di posisi masing-masing..hehe.. memang cuak la, lepas tu panel tue ushar jer kami, seorang dari piloteknik, seorang lagi wakil spp ( tuan haji).

Lepas tue, baru diorang suruh kami duduk...

Then tuan haji pom bagi la salam, bagi penerangan tentang jawatan dan tanya khabar kami...

Alhamdullilah, panel kami sangat la baik dan friendly... tak rasa cuak pom, sebab panel macam borak-borak jer dengan kami...

So antara soalan-soalan yang ditanya ialah... lupe nak gitau interview dalam BM yer... dan soalan die akan point sorang-sorang, so kami tak yah nak berebut-rebut jawab..hehe



********************************************************************************


Panel dari SPP

1. Sila perkenalkan diri anda ( die nak tahu NAMA, UMUR, ASAL, BIL ADIK BERADIK,
     TAHAP PENDIDIKAN YANG TERTINGGI )... Tuan haji cakap die nak dengar ni jer...

2. Sekarang die cakap, cuba anda bayangkan yang anda adalah pelajar tingkatan lima, so
    CERITAKAN AKTIVITI KO-KOKRIKULUM ( sukan, badan beruniform, etc) masa anda
    tingkatan lima.

So ciksue cerita lah, ciksue sekolah mana then ciksue cakap la ciksue ni ahli PKBM, tapi ciksue lupa nama penuh PKBM tue,,,hahaha.. sampai tergagap-gagap ciksue nak sebut.. tuan haji tu yang tolong, die senyum jer...hehehe

Bila ciksue gitahu jer nama sekolah ciksue, terus die tanya, SMSAH ke?? Then dia tanya SIAPA NAMA PENGETUA SEKOLAH CIKSUE?? hahah... out of nowhere.... soalan yang tak dijangka kan.. nasib baik ciksue memang ingat nama pengetua sek ciksue tu, rupanya die ex student sek ciksue dulu..

3. Soalan Ketiga, Dia suruh ceritakan BUKU YANG LATEST kami baca... 

Tengok, soalan die memang just nak tahu  pengetahuan am kita kan.. ciksue cakap la buku yang latest ciksue baca ialah " who move my cheese"..  sebab memang buku tu yang latest ciksue baca....tapi ciksue lupe pengarang..hehe.. then ciksue cerita apa moral value yang boleh ciksue dapat...

Calon sebelah ciksue ada jer yang cerita pasai novel...heheh.. tapi kalau boleh cerita la pasai buku-buku motivasi kan... panel just nak tahu samada kita ni ambil tahu tak pasal benda lain selain dari bidang kita..

Panel tu pesan, die sebenar nak tengok kita ni KNOWLEDGEABLE ke tak... sebab die cakap nak jadi pensyarah kita kena tahu semua perkara.



*******************************************************************************
                                 *********************************************




Sesi seterusnya... 

Tuan haji pass kepada Panel dari POLITEKNIK.



Soalan dari poli lebih kepada bidang jawatan yang kita dapat tu.

Sorang calon dapat satu soalan.. soalan yang ciksue dapat ialah

" Cadangkan program khidmat masyrakat yang sesuai dengan aktiviti rekreasi"

Ciksue pom goreng jer la apa yang terlintas kat fikiran ciksue.. heheh... yang penting confident..

Antara soalan calon lain yang dapat ialah

" Program untuk naik taraf taman rekreasi"
" Program Untuk attract student amik kos rekreasi"
" Tman rekreasi yang ade potensi untuk dibangunkan"

Soalan dari panel poli satu soalan jer.. Alhamdullilah...



Next sesi, berbalik kepada Panel dari SPP tuan haji.

Tuan haji cakap soalan ni die nak tnya berkenann pengetahuan kita tentang negara dan negeri kita.
Ciksue dah cuak...hehhe.. antara soalan yang ditanya ialah.

Nama Menteri belia dan sukan
Nama Menteri pendidikan 2
Nama menteri besar pahang ( sebab ada calon pahang)
Nama pengerus FELDA ( sebab ada calon dari FELDA)
Isu Semasa ( Tentang isu kebocoran UPSR, sebab sedang panasa sekarang ni kan)

Ciksue dapat soalan " apakah tarian yang popular di kelantan" ayoyoyo...hehehe.

Soalan yang terakhir yang ditanya ialah " ADAKAH ANDA SANGGUP DITUGASKAN DI MANA-MANA SAHAJA"... ciksue pasti korang pom tahu nak jawab apa kan...


Alhamdullilah,.. tak de pulak soalan-soalan killer macam falsafah pendidikan, Nkea semua tue, group kami bernasib baik kot, sebab calon kat bilik sebelah kami dapat soalan pasai bendera malaysia, pasai falsafah pendidikan, pasal plan pendidikan...

Jadi lain panel lain soalan... just prepare yourself dengan semua ilmu okeii.... soalan banyak tentang diri kita dan KBKK

and lagi satu just jawab apa yang di tanya oleh panel, jangan nak karang lebih-lebih...

Sesi interview kami berlangsung dalam 1 jam macam tue la... mungkin sebab hari jumaat kan, panel nak cepat sebab solat jumaat..

Panel pesan tugas mereka sekadar temuduga, Doa banyak-banyak semoga ada rezeki kami.. In sha allah.. Korang yang baca ni jangan lupa doakan ciksue tau.. semoga ciksue lulus..Amiin...

Yang penting kita berusaha, rezeki tue daripada Allah, doa banya-banyak.. before masuk bilik temuduga jangan lupa telefon mak kita suruh mak doa, dan jangan lupa zikir YA LATIFF, supaya Allah lembutkan hati panel..


Sekarang fokus ciksue SIAPKAN THESIS MASTER ciksue dan FOKUS terhadap BUSINESS ONLINE ciksue... nak jadi hebat kan kena la multitask...hehe

Diharakan entry ni dapat membantu anda yang nak interview nanti.. semoga anda berjaya..

with love
-suhaini-


3 comments:

  1. ciksue dapat ke jawatan tu? sekarang kerja apa?

    ReplyDelete
  2. Lulus ke iv? Mst lulus kn sbb kalau lulus biasanya dia suruh sambung master mcm awk skrg

    ReplyDelete