Sunday, 8 December 2013

Masalah Kita....


 Assalamualaikum......


Hah!!! punya la besar tanda tanya kat atas tu kan... seriously... ciksue dah x tau nak fikir ape dah.. sedang mencari tajuk thesis.. memang sangat2 lost... Ya Allah... bantu la hambamu ini....mencari kekuatan, ketenangan, untuk hari2 mendatang.. kadang-kadamg bila kita susah baru kita nak ingat kat Allah kan.. memang manusia macam ne... kadang-kadang kita lupa kebahagian dan kesusahan berpunca dari allah... ciksue ade terbaca kawan ciksue ade bagitau:-


"Masalahnya, kita kerap kali lupa bahawa yang mewujudkan masalah itu, sebesar atau sekecil mana pun ia adalah Allah. Kita kusut memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah itu, namun kita tidak kembali kepada yang mencipta masalah dan yang berkuasa menghilangkannya.

Maka mengeluhlah sekuat mana pun, akan dipermudahkankah urusan itu jika kita lupa pada senjata utama kita; doa?"

Terdiam sekejap apabila terbaca coretan sahabat ciksue.... die seorang yang suka memberi kata yang jujur dari dirinya, sering menyedarkan kawan-kawan nyer yang sering lupe seperti saya ini.. kadang-kadang begitulah kita...sering melupakan pada yang SATU.. sering bersandar pada yang tidak kekal... nasihat ini ciksue tujukan kepada diri sendiri yang sentiasa alpa pada nikmat dunia yang sementara ini...sesungguhnya hanya pada NYA kita patut berdoa menyelesaikan masalah kita.. Doa itu senjata utama bagi kita umat islam... 


Wasalam.....




No comments:

Post a Comment