Monday, 30 June 2014

Beza RAMADHAN kali ini

Assalamualaikum...


Salam Ramadhan kepada anda semua... hari ni dah masuk hari kedua berpuasa... masih bertahan kan kita semua.. Dah ade menu untuk berbuka nanti kah???. 

Ramadhan kali ni ciksue rasa sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.. Sebabnya, banyak perkara yang berbeza berlaku pada Ramadhan kali ini....

Bagi ciksue Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan yang paling 'RILEKS' seumur hidup ciksue... nak tahu kenapa???




1. Berpuasa Di Rumah


Alhamdulliah, perkara yang paling menyeronokkan ialah, apabila ciksue dapat berpuasa selama sebulan di rumah tercinta.. memang best la kan... sebab nya sekarang ciksue cuti sem,, jadi ciksue dapat tolong parents ciksue kat rumah kan...

2. Ramadhan Tanpa Berniaga


Sebab apa tanpa berniaga... sebabnya, sepanjang umur ciksue 24 tahun.. setiap kali masuk bulan Ramadhan, merupakan bulan yang paling sibuk... sebab ayah ciksue seorang penjaja ikan.. beliau akan menjaja ikan menggunakan van di kampung, dan sudah menjadi  tugas kami adik beradik teman ayah pergi meniaga..hehhe...

Pengalaman yang paling best.. ikan ayh ciksue sangat popular di kampung sb ayh ciksue jual ikan-ikan yang segar dan pelik-pelik...

kami sekeluarga memang tiada masa untuk berehat atau tidur..sebab sibuk berniaga...

Tapi tahun ni ayah dah TAK BERNIAGA..  sebab ayah ada masalah kesihatan... boleh dikatakan ayah dah pencen sepenunhnya... Jadi ayah dan mak saya dan boleh berehat di rumah.. 

Alhamdullilah, kami adik beradik dah tak susah hati memikirkan kesihatan parents... walaubagaimanapun kedai runcit  kami masih dibuka setiap hari untuk menjual bahan basah dan kering

3. Berbuka Besar


Ramadhan kali ni juga amat bermakna, sebab kami adik beradik dapat berkumpul bersama berbuka puasa. Adik beradik ciksue yang duk jauh semua balik sebab nak merasa berbuka puasa hari pertama di rumah..

Bagi ciksue berbuka puasa kali ni adalah sangat "kalut" sebab nya, kakak ciksue akan shoot naik keretapi   ke johor jam 8.00pm... dah la berbuka jam 7.30pm kat kelate...memang kalut la...hahhaha...

Alhamdullilah, kami dapat berbuka puasa dengan gembira...hahhaa... abang ngah and adik ciksue pom terus bertolak ke Shah alam jam 8.30pm...

ciksue memang puji sikap dioarang yang sanggup balik untuk berbuka puasa...heheh...


Lauk-pauk ntuk berbuka.. ni belum cukup  korum lagi ni..sebab lagi 2 family kakak ciksue yang tak balik lagi..hheheh




kuih-muih faveret atau wajib kami sekeluarga di bulan Ramadhan


Ini lah "sebahagian" family besar ciksue... anak buah yang ramai berderet-deret


Kakak ciksue yang baju pink 2 la yang shoot pergi ke stesen krtapi lepas berbuka..hahah...keje giler kan.. yang pakai spek 2 adik ciksue yang pergi shah alam..


4. Masa Terlebih


Alhamdulliah, puasa kali ni juga ciksue rasakan Masa banyak terluang untuk ciksue melakukan ibadat.

Sebab sebelum ni, selepas subuh jer, kami adik beradik akan bersuap-siap untuk menguruskan kedai runcit dan barang-barang untuk ayah berniaga,  jadi kali ni, kami semua ada masa untuk bersembang dan juga untuk berehat.

Dan ciksue berharap dapat melakukan MASTER CHECKLIST yang diamalkan oleh "group" ciksue.. nak tahu ape???.. next entry ciksue cite yer...


5. "Peneman" income


Dan yang best nyer jugak, walaupun seorang pelajar, dan sedang bercuti disamping menguruskan kedai runcit ciksue, ciksue dapat melakukan jualan online ciksue yang SUPERB tu...

Sambil-sambil jaga kedai dan berehat, ciksue dapatla godek2 phone layan customer... senang kan business online ni.. kat rumah pom kita boleh generate income..

Bulan puasa bukan alasan untuk kita malas-malas yer...

Disamping jaga kedai, ciksue pom kena jadi babysitter untuk 2 orang anak buah ciksue...

DAh macam gaya Working At Home Mom dah gayanya, padahai diriku ini masih single..... sebab sambil2 dodoikan baby, boleh jaga kedai dan boleh buat business online.. clik click click dah siap...

Rupanya best jadi WAHM ni...  sebab kita dapat design masa kerja kita... ciksue duk praktice jadi WAHM sebelum tiba masanya ni.... 

No wonder la ramai ibu-ibu nak jadi WAHM....  bagaimana Untuk jadi WAHM ni??? ciksue ade caranya... boleh la risik-risik ciksue yer.. 


Setakat ni dulu ciksue celoteh yer... dah tengahari.. baby pom dah bangun ni..heheh... 

Terima kasih sudi baca :)

Cara Tukar Tarikh di Blog

Assalamualaikum....

Semalam ciksue ade update tentang 1 Ramadhan... tapi bila tengok hari ni , tarikh macam tak kena jer... hahaha.. macam kelakar pulak.. rupanya selama ni setting tarikh dan masa ciksue memang silap... aiyaaa...

so kali ni, ciksue nak share sikit hasil pencarian ciksue nak betulkan tarikh kat blog anda... mesti dah ramai yang tahu kan... tapi ciksue nak share jugak... heheheh.... yang setting kursus nya untuk warga Malaysia yer..

Ceritanya senang jer....

1. Design -->  Setting --> language and Formatting

Rupanya, ciksue tersilap setting kat Formatting TIME ZONE... yang mana asalnya (GMT -8:00)...Patut la lambat jer masa ciksue..hhahah....

















Jadi... kat TIME ZONE tu, kita kena tukar jadi  ( GMT +8:00) Kuala Lumpur....






Lepas dah tukar, jangan lupe tekan save pulak.. kan sia-sia pulak anda ubah...ehheh.. simple kan....


Selamat maju jaya kepada anda yang newbies macam saya ni... just 2 cents from me...heheh... selamat berpuasa :)













Sunday, 29 June 2014

Ramadhan datang lagi!!

Assalamualaikum. ...

Salam 1 ramadhan.... Alhamdullilah. ... kita masi diberi kesempatan untuk menunaikan ibadat puasa lagu pada tahun ini..... Pagi tadi sempat sahur tak semua???

Alhamdullilah. .. puasa pertama tahun ini, ciksue dapat berpuasa dgn adik2 beradik ciksue yang single mingle and parents ciksue..... semua pakat balik kg sb nak sambut ramadhan dgn mak ayh katanya....alhamdulliah. ....

Puasa kali ni pom ciksue masih diberikan kesempatan untuk berpuasa selama sebulan di rumah, jadi boleh la teman parents ciksue.... dan puasa kali ni juga merupakan puasa pertama dimana ayh ciksue tak berniaga... jadi bnyk masa terluang untuk kami semua melakukan ibadat.... alhamdulliah. ..setiap perkara yg berlaku itu ade hikmahnya. ....

Semoga puasa kali ini, kami dapat melakukan ibadat puasa dengan berkali ganda lagi.....

Selamat berpuasa semua♡♥♡♥

Tuesday, 24 June 2014

Resepi Ayam Masak Halia Mudah dan Cepat

Assalamualaikum...

Entry kali ni, ciksue nak share resepi ayam masak halia... Actually hari ni puasa, sooo.. teringin la nak makan ayam masak halia ni... senang jer resepinya... main campak2 jer then siap...

Dah la tyme ciksue buat tadi, sambil-sambil phone coaching dengan "mak" ciksue.. bukan coaching resepi tau,,, tapi coaching pasai business .hahahah... tangan kiri pegang phone, tangan kanan pegang sudip... jadi juga ayam masak halia nyer....




Amacam..terliur tak.... ciksue buat tau niii


Meh kita ushar ape bahan-bahan nyer...

BAHAN-BAHAN
1.  200 gm Isi ayam
2. Bunga kubis
3. Kacang panjang
4. Carrot
5. cili merah besar
6. 2 ulas bawang putih, 1 ulas bawang merah, 1 ulas bawang besar
7. HALIA (WAJIB ni...dah kata ayam masak halia kan)
8. Garam, gula secukup rasa
9. 1 sudu sos tiram
10. 1 sudu kecil tepung jagung ( optional), air secukupnya

Ni la bahan-bahan nyer







CARA MEMASAK.

1. Mula-mula potong ayam kecil-kecil dan toskan
2. Potong segala jenis sayur-sayur tadi... terpulang la nak guna sayur apa yang penting bukan sayur berdaun yer..
3. Panaskan minyak, masukkan halia, bawang merah, bawang putih yang sudah di mayang. Tumis sehingga garing
4. Masukkan ayam, dan biarkan seketika supaya ayam separa masak, masukkan 1/2 cawan air
5. Maukkan garam dan gula dan secukup rasa
6. Masukkan semua jenis sayur tadi dan bawang besar
7. Maukkan sos tiram
8. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung yang sudah si bancuh dengan air.. JANGAN masukkan tepung pulak.. tujuan nyer untuk memekatkan lagi kuah
9. Siap untuk dihidangkan


Dah boleh hidang makan.... ni la menu ciksue berbuka tadi.. yang gulun-gulung tu egg roll dan agar2..heheh




Nah.. dah siap dah resepi ayam masak halia.. Tak sampai 10 minit dah siap.. menu ringkas untuk bulan ramadhan yang bakal datang nexr week...


Selamat mencuba uolsss!!!







Monday, 9 June 2014

10 Tips Agar Kulit Muka bersih dan Tidak Kusam

Assalamualaikum....


Apa khabar reader semua... semoga kalian sihat yer... ciksue baru selesai final exam 3 hari lepas.Alhamdulliah, doakan ciksue berjaya yer......sooo..hari ni baru berkesempatan nak update blog...hehehe... jadi kali ni ciksue nak cerita sedikit tentang 10 tips agar kulit muka bersih dan tidak kusam ... almaklumlah, kulit muka bagi perempuan sangat sensitive kan... semua orang nak dapatkan kulit muka yang bersih dan flawless gitu.... tak semestinya kita kena beli makeup-make up atau pencuci yang mahal2 untuk dapatkan kulit muka yang bersih kan... sebenarnya amalan harian kita juga turut mempengaruhi kulit wajah kita ni.... Meh kita ape tips yang boleh kita amalkan......


TIPS- TIPS KULIT MUKA BERSIH DAN TIDAK KUSAM


1. Cuci Muka Dengan Air Suam dan air Sejuk


Perkara yang basic mestilah kita kena cuci muka kita, kalau boleh cuci la muka setiap hari dan           miniumum  5 kali..knapa 5 kali... sebab kita kan berwudhuk 5 kali sehari, jadi secara automatik nyer kita dah cuci muka 5 kali sehari..heheheh... molekya cuci la muka kita dengan menggunkan air suam dan air sejuk... 

kenapa air suam??? sebabnya air suam  dapat mengurangkan minyak yang terdapat di kulit wajah dan dapat Mematikan sel-sel yang tidak diperlukan atas kulit wajah dan akan membuatkan pori-pori wajah terbuka. Jadi senang lah nak cuci semua kotoran yang terperangkap dalam ruang roma..  Selepas tu cuci la dengan air sejuk untuk tutup balik liang ruang roma dan akan membuatkan wajah kita lebih bersih dan tidak kusam .


2.   Kurangkan penggunaan KRIM DAN KOSMETIK KIMIA

Sekarang ni banyak produk-produk yang muncul kan.. ciksue pom pernah terpengaruh beli macam2 produk.. tapi tak de kesan pom...kan dah rugi..heheh... jadi kurangkan lah penggunaan krim dan make up sintetik ini dan kalu boleh tak yah guna lansung ..Kalau boleh gunakan produk yang semulajadi. Krim dan kosmetik sintentik ini akan menimbulkam kesan yang negatif kepada kulit wajah kalau tak sesuai dengan kulit wajah kita... Eloknya, kita test dulu either produk tu sesuai tak untuk masalah wajah kita.


3.   Makan banyak BUAH-BUAHAN dan SAYUR-SAYURAN

Buah-buahan memang amat penting untuk kesihatan dan wajah kita. Sebagaimana yang kita tahu buah dan sayur mempunyai nutrisi dan vitamin-vitamin yang penting untuk badan kita contohnya buah oren yang jaya dengan vitamin C dan juga buah pisang dan betik. Amalkan makan buah-buahan sentiasa supaya kulit muka kita licin. selain tu, buah ni juga sebagai pelawas, kiranya dapat memudahkan kita ' detoks' segala toksid dalam badan kita dengan mudah... takde la nanti jerawat tumbuh sebab terlebih toksin dalam badan kan...heheeh

4.  Perbanyakkan MINUM AIR

Air amat penting untuk tubuh badan kita. Disarankan untuk kita mengambil sekurang-kurangya 8 gelas air sehari atau 3 liter bagi melancarkan pengedaran darah dan untuk memberi kelembapan yang maksimum kepada kulit kita. Diingatkan, sekiraya kita mengamalkan mana-mana suppliment kesihatan "diwajibkan" untuk mengambil air sebanyak 3 liter sehari untuk melancarkan penyerapan nutrient terhadap tubuh badan.


5.  Membersihkan muka sebelum tidur

Yang ni wajib dilakukan sebelum kita tidur kerana untuk membersihkan segala kotoran yang melekat kat kulit wajah kita. Dan lap la wajah kita dengan kain cotton yang bersih dan khas untuk muka sahaja bagi mengelak bakteria lain melekat kat kulit wajah.


6. Menjauhi STRESS

Stress akan menyebabkan kulit wajah kita tegang.. dan ciksue sendiri pom, kalu stress mesti jerawat akan naik..huhu... jadi untuk kulit bersih dan tidak kusam elakkan keadaan stress.. apa kaitan stress dengan jerawat??? untuk makluman anda jika tahap stress kita tinggi , potensi radang kulit akan tinggi juga. Radang inilah yang menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat selain minyak terkumpul dalam liang roma kulit. Dan bila kita berada dalam keadaan stress, tubuh kita kan merembeskan hormon-hormon stress termasuk kortisol dimana hormon-hormon ini akan mengalir ke sluruh tubuh dan melalui saluran darah dan mengarahkan pembuluh-pembuluh darah di bawah permukaan kulit untuk mengembang. Jadi ELAKKAN STRESS tau kawan-kawan.

7. Kurangkan MAKANAN FASTFOOD

Okei tips ni unutk pengemar Fastfood....hehehe.. kurangkan la pemakanan makanan segera seperti Mcd, Kfc, Burger King, Pizza.. Boleh makan tapi kurangkan la yer..kerana kandungan minyak dan MSG dalam makanan fasfood ni tinggi..

8. Rajin SENAMAN

Senaman pom merupakan Tips untuk kulit sihat.. tak semestinya nak kurus jer kena senaman tau, dengan senaman ni dapat menigkatkan metabolism kita dan juga dapat menyihatkan tubuh badan kita. Sekuran-kurangya senaman la 3 kali sehari tak semestinya kena senaman sehari suntuk.. 30 minit pom dan berbaloi tau...


9. SENYUM la selalu

Senyuman merupakan tips yang paling murah untuk dapatkan kult bersih.. . disampaing untk senaman otot - otot wajah, pahala pom dapat kan... kalau muka cun melencun tapi muka KETAT semacam orang pom takut nak tegur kan...heheh.. jadi senyum la sentiasa, amalkan senyum di pagi hari supaya hari kita akan lebih ceria.. Ciksue sendiri setiap pagi akan senyum kat depan cermin sebelum keluar bilik..sebab nak dapatkan aura positif gitu... Ade orang pernah tegur ciksue yang patut la ciksue ni kurus sangat sebab kaya dengan senyuman...hahahahah..ops!!!!





10. Set Kecantikan Shaklee

Kalau anda mempunyai bajet, boleh la cuba menggunkan set kecantikan shaklee ni bagi membantu anda mendapatkan muka yang bersih dan tidak kusam.. maklumlah dan makan buah 0ren 50 biji sehari tak mampu kan, jadi vitamin-vitamin yang disyorkan ini dapat membantu anda. Bukan setakat cantik dai luar malah cantik di dalam....  boleh rujuk set kecantikan wajah



Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda semua...
Terima kasih kerana sudi membaca :)



INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA ?

HUBUNGI SUHAINI UNTUK:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!






SUHAINI
SHAKLEE ID : 1099316
suhainibrahim@gmail.com
013-6510540 ( CALL/SMS/WhatsApp)