Assalamualaikum....
Salam Ramadhan semua. Entry kali ni ciksue nak share sikit tentang perkara realiti yang ciksue rasa anda semua pom lalui...
Sepanjang Ramadhan ini memang ramai orang akan ke masjid untuk menunaikan terawih kan... semua nak merebut peluang mencari keberkatan Ramadhan...
Masjid-masjid, surau-surau semua penuh termasuk dengan kanak-kanak sekali... kawasan masjid pun terlebih "meriah" kan...
Ape yang ciksue perasan.. banyak ragam jemaah-jemaah yang menjadi tanda tanya dalam diri ciksue antaranya :
1. Penuhkan Saf Hadapan
Yang rapatkan saf ni ciksue rasa pelik.. sebab kebanyakan mereka rasa " terpaksa " maju ke hadapan untuk penuhkan saf hadapan... Hari pertama ciksue rasa mcm okei sebab mesti diorng malu2 kan...
Hari kedua pun kena paksa naik jugak, hinggalah sampai sekarang, bila nak start solat jer mesti bising-bising sebab duk pakat " suruh' orang lain penuhkan saf hadapan...
Sebab tu la surau tak muat hingga ada jemaah yang tak dapat bersolat sebab mereka tak nak rapatkan saf sesama sendiri.. Nauzubillah...
KITA??? knapa bukan kita yang rela diri naik ke hadapan... Tapi ciksue yakin anda yang baca antara orang yang sentiasa di saf hadapan kan.. Alhamdullilah...
Alhamdullilah, mak ciksue dah pesan awal2 kat ciksue sampai jer mana-mana surau atau masjid terus ke saf hadapan...
2. Rapatkan Saf
" Rapat-rapatkan saf, sila penuhkan saf hadapan, betul-betulkan saf "
Mesti sebelum solat imam akan bagi pesanan ni kepada jemaah kan, adakah kita mengambil tindakan untuk sapatkan saf??
Tapi apa yang ciksue perhatikan, mereka seolah-olah tak prihatin, kebanyakan mereka " segan" nak rapatkan saf sesama jemaah, bila ciksue cuit orang sebelah untuk rapatkan saf, die boleh buat tak tahu jer.. Ya Allah...
Semua nak " RUANG" tersendiri, semua berebut nak duk kat bahagian tepi... Hingga kan nampak ruang-ruang lompong diantara jemaah.... aduhaiii... kenapa KITA tak cuba nak rapatkan saf???
"Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau kamu akan bercanggah (melakukan kesalahan) dengan arahan Allah di hadapan-Nya." (Riwayat al-Bukhari)
Hadis di atas amat penting dan memberikan ancaman bagi mereka yang bermalasan dalam merapat dan meluruskan saf. Tanpa disiplin tersebut, manusia akan berada dalam rasa keegoaan masing-masing hingga berasakan geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah di sebelah mereka.
Di samping itu, ia juga menunjukkan jemaah tersebut kurang ilmunya hingga akhirnya tindakan ini jika dibiasakan maka Allah S.W.T akan membiarkan berlakunya permusuhan dan pertengkaran dalam masyarakat ini.
Tanpa merapatkan saf juga memberi peluang dan ruang untuk syaitan sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :
"Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung (urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus (urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)
Semoga dengan ilmu ini kita boleh memperbaiki sifat solat kita untuk menyamai sifat solat Nabi S.A.W.
Sabda Rasulullah S.A.W : "Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat" (HR Bukhari dan Ahmad, dalam Irwaul Ghalil 213).
3. " Kawasan" lingkungan....
Apa kawasan lingkungan ni?? SEJADAH sorang satu... yup kebanyakkan kita akan bawak sejadah sendiri ke surau.. dan apa yang ciksue perhati.. sejadah semua cantik-cantik dan besar-besar.. Alhamdullilah...
Tapi apa yang ciksue pelik, semua nak berdiri di kawasan sejadah masing-masing, semua tak nak berganjak dari kawasan lingkungan mereka..
Maka memang tak dapat la nak rapatkan saf kan.. sebab semua tak nak share sejadah... sedih ciksue tengok...
Tapi ciksue Yakin, anda semua tak macam ni kan... mudah-mudahan kita tak termasuk daripada mereka yang sedikit " selesa" dalam melakukan ibadat... Semoga Ramadhan kali ini kita lebih banyk melakukan amal Ibadat.
Hikmah Merapatkan Saff
1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat.
Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).
2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.
Sabda Rasulullah:"Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu."(Riwayat Muslim).
Sabda Baginda lagi:"Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu." (Riwayat Abu Daud).
3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.
Sabda Rasulullah: Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).
4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf.
Sabda Rasulullah: Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).
5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya.
Rasulullah bersabda:"Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf."(Riwayat Thabrani).
Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya.
No comments:
Post a Comment