Assalamualaikum w.b.t.
Memang Tragedi Oktober betul kan... semalam kecoh di media massa tentang kenaikan minyak... Ramai yang update status di FB mengenaik kenaikan ni...
Newsfeed saya di Facebook, Whatsapp dipenuhi dengan berita harga minyak RON95 dan Diesel dah naik 20 sen.
Ramai yang Marah, Kesal, dan tension bila dapat tahu tentang kenaikkan ni...
Asal nyer saya tidak tahu tentang kenaikan ni sampai la akak saya post di group Whatsapp tentang berita yang didengar nyer...
Maka saya pun terus ushar di Facebook, maklum lah, facebook sekarang kan dah menjadi sumber 'utama' kalau bab-bab HOT ni...
Sekali buka FB, semua orang duk cerita tentang kenaikan ni...
Jika tak silap saya, bulan MAC 2013 kenaikan 20 sen sudah terjadi... time tu pun ramai yang naik angin... Tahun ni naik pulak.. sape yang tak naik angin kan....
Maka beraturlah mereka-mereka di setesen minyak untuk mengisi Full tank... kadang-kadang saya pelik, masyarakat kita ni memang cepat nak melatah.. bila minyak naik jer, terus pergi beeratur di stesen minyak...
Bukan nyer bila isi full tank, minyak tue jadi BEKU dan boleh tahan sampai sebulan kan... Daripada kita beratur ramai-ramai lebih baik kita berada di rumah, jimat lagi minyak...
Akibat marah akan tindakan ni, maka macam- macam lah idea-idea KREATIF yang keluar untuk menunjukkan "ketidakpuasan" hati kepada pihak kerajaan...
SampaI sidia ni pun jadi mangsa..alahaiiii......
Kebanyakkan mereka kesal bukan disebabkan kenaikkan, tetapi mereka kesal akibat "JANJI" yang dulu tidak ditepati...
AKIBAT KENAIKAN
Mungkin saya tidak layak untuk bercerita mengenai kenaikan minyak ni, sebab saya tidak mempunyai kereta, Maka saya tidak dapat merasa apa "perasaan" pemandu-pemandu kenderaan ni bila mengetahui akan kenaikan ni....
Tetapi dengan kenaikkan ini, banyak perkara akan tempias, Dari segi ekonomi, kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel ini memberi kesan berantai terhadap produk produk lain.
Ini kerana berlakunya peningkatan dalam kos pengangkutan. Harga gula akan naik, harga tepung akan naik, harga telur akan naik, harga ikan akan naik. Pendek kata, SEMUA BARANG AKAN NAIK HARGA.
Ini adalah pesanan mentor saya (
Master Firdaus ) mengenai kenaikkan harga minyak ni... Pandangan beliau ini diutarakan pada Mac tahun lepas.... Apa yang beliau katakan memang benar bahawa kenaikan ini akan sentiasa berlaku....
Nak tahu apa katanya...CER BACA BAWAH...
******************************************************************************************************************************************************************
Ini Masalah Dunia
Saya langsung tak menyebelahi kerajaan disebabkan kenaikan harga minyak ini. Tapi, saya juga nak kita semua faham. Sebutlah negara mana pun. Anda pergilah kemana pun. Semua harga barang di seluruh dunia dah naik. Ini betul. Hakikat yang terpaksa kita akui.
Saya bersembang dengan pekerja Bangladesh saya, mereka beri tahu. Harga barang di Bangladesh naik hampir 2 kali ganda berbanding 6 tahun lepas.
Pergilah ke negara Indonesia misalnya. Harga minyak di sana pun sudah naik. Walaupun Indonesia juga merupakan negara pengeluar minyak.
Pergilah ke US, UK, France atau dimana mana sahaja. Masalah inflasi berlaku dimana mana sahaja. Kadar peningkatan inflasi lebih laju berbanding kadar kenaikan gaji kita.
Namun.... Tiada apa yang mampu kita lakukan. Semua ini diluar kawalan kita. By hook or by crook. Kita tak boleh elak harga minya akan naik. Kita tak boleh elak harga barang akan naik. Kita tak boleh elak berhadapan dengan krisis ekonomi. Suka tak suka..... Terimalah seadanya.
Fahami sistem ekonomi kapitalis & inflasi, tidak pernah dalam sejarah harga barang akan semakin turun, tidak pernah dalam sejarah harga rumah akan semakin turun, tidak pernah kos sara hidup akan menurun, itu sistem ekonomi yang telah wujud. Dan jangan buang masa buat masa ini untuk merubah sistem ekonomi dunia
Menyesuaikan Diri Dengan Keadaan Semasa
Apabila berlakunya kadar peningkatan kos kehidupan hari ini. Saya amat benci apabila ada menteri yang berkata.
"Kalau harga ayam naik, kita semua jangan makan ayam."
"Kalau harga gula naik, kita kurangkan makan gula."
"Kalau harga minyak naik, guna motosikal. Jangan guna kereta."
Wak lu beb....... Saya marah gile dengan......... Senang senang aje mereka bagi 'solution' macam ni. Kalau macam ni, baik lantik saya aja jadi Menteri. Saya pun boleh cakap kalau macam ni.
Lepas tu, panasnya telinga dengar.
"Kita akan pastikan, kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat".
Adoyai. Harga barang tak naik pun rakyat dah terbeban. Inikan pula harga barang dah naik. Mesti lagi terbeban.
Pilihan Di Tangan Anda
Sebelum ini, maksud saya sebelum saya dengar ceramah Prof Muhaya dan kursus Dr Azizan Osman. Saya antara mereka yang dok 'melenting', 'marah' kerajaan bila berlaku kenaikan harga minyak ini.
Tapi, selepas saya mendengar ceramah dari mereka berdua. Mentaliti saya berubah.
Saya tidak boleh mengubah ekonomi dunia. Tetapi, saya boleh mengubah ekonomi saya. Ekonomi dunia di luar kawalan saya. Tetapi, ekonomi saya dibawah kawalan saya. Saya boleh 'control' ekonomi saya sendiri. Saya yang pilih sama ada mahu mempunyai pendapatan besar atau pendapatan kecil.
Pilihan Di Tangan Saya
Apa yang saya ingin kongsikan, tak usahlah kita mengeluh atau mencarut marahkan kerajaan, (Dalam hati tengah marah ni, tapi rileks saja) sebab jika kita marah macam mana pun kepada mereka, ia tidak akan menyelesaikan masalah kos kenaikan harga barangan yang bakal menjelang.
Apa yang saya boleh buat untuk menghadapi situasi ini? Dulu saya mesti merungut. Tapi selepas pergi Kelas Dr Azizan, saya diajar untuk buat 2 benda.
1) Kurangkan kos kehidupan
2) Cara jalan tambah pendapatan
Sekarang !!! Pilihan Di Tangan Anda
Para pembaca yang saya kasihi sekalian, dengarlah apa yang saya kongsikan ini. Hari ini, kenaikan harga barangan pasti berlaku. Dan ia tidak akan berhenti. Harga barang akan terus meningkat. Sooner or sooner. Tahun depan naik lagi. Dua tahun depan, naik lagi. Dan begitulah seterusnya. Jangan mimpi harga barang akan turun ok.
Suatu hari nanti, gaji anda tidak akan boleh menampung 'gegaran kewangan' ini jika anda tidak bertindak dengan segera.
Harap anda tidak perlu berhadapan dengan situasi ini.
Pada waktu itu, anda akan rasa 'menyesal'. Mengapa anda tidak bertindak hari ini.
Nasihat Saya Kepada Anda
Kepada para pembaca yang saya kasihi, pembaca blog ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Jika anda seorang yang berkerja dan pendapatan anda sudah stabil. It's ok. Insya Allah. Anda tidak akan bermasalah menghadapi kenaikan harga barang ini.
Kenaikan gaji anda mampu untuk 'cover' kenaikan harga barang.
Tapi, saya ingin bercakap dengan sebahagian besar pembaca blog ini yang mungkin termasuk dalam golongan seterusnya. Iaitu, pendapatan anda biasa biasa sahaja. Tak sempat cukup bulan, duit dah nak habis. Terpaksa berhutang di sana sini.
Jika anda termasuk dalam golongan ini. Saya nasihat saya kepada anda. Berubahlah. "INIKALILAH, ANDA MESTI BERUBAH".
Jangan buat Over Time di tempat kerja anda untuk menampung kenaikan harga barang ini. Ia hanya menyelesaikan masalah anda seketika sahaja.
TAPI, BUATLAH SESUATU YANG LAIN. UNTUK MENDAPAT HASIL YANG BERBEZA, KITA PERLU MELAKUKAN PERKARA YANG BERBEZA.
Cadangan saya...... BUATLAH BISNES.
Tolonglah diri anda. Buatlah sebarang bisnes. Carilah mentor yang sudah berjaya dalam bisnes yang ingin anda ceburi. Belajarlah daripada mereka. Kemudian, bertindaklah segera. Buat secara perlahan lahan. Part time.
Buat bersungguh sungguh. Pada waktu ini, janganlah merungut. Sebab hidup anda akan berubah. Hidup anda akan 'sengsara'. Sebab anda terpaksa melakukan terlalu banyak perkara pada satu satu masa.
Dan apabila anda hendak menceburi satu satu bisnes, buatlah bisnes yang kurang risiko. Tak memerlukan modal yang besar. Dan boleh dimulakan secara part time.
Mudah mudahan. Suatu hari nanti. Anda akan menjadi seorang yang berjaya. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Pada waktu itu, anda akan tersedar. Anda berubah hari itu disebabkan harga minyak naik hari ini.
Pada waktu itu, anda akan terasa. "Alhamdulillah..... Harga Minyak Naik Hari Itu"
Sebabnya, kenaikan harga minyak inilah yang telah menyebabkan anda berubah. Berubah dari seorang yang hidup biasa biasa kepada seorang yang hidup luar biasa.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda.
Selamat berjaya. Selamat berjuang. Semoga anda kaya dan berjaya.
***************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************
MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK CIKSUE.....
Macamana??? sentap tak baca pandangan beliau...
Sekarang kita yang patut berubah, walaupun ciksue masih tidak mempunyai tanggungan, walaupun ciksue masih tidak mempunyai komitment yang besar, ciksue sedar yang perkara ini akan berlaku lagi masa akan datang.
Ciksue tak nak disebabkan kenaikan harga minya ni, hidup ciksue tak tenteram, perbelanjaan ciksue tersekat... ciksue patut cari tindakan untuk overcome perkara ni....
Untuk itu, ciksue mula berjinak-jinak dengan business untuk mencari side income bagi menghadapi situasi sebegini....
Kesedaran ini timbul dan keinginan ciksue untuk berbusines membuak-buak bila ciksue TERBACA ebook ini...
Kita hanya diberikan 2 pilahan kan samada
1) Kurangkan kos kehidupan
2) Cara jalan tambah pendapatan
Pilihan ciksue mesti lah TAMBAH PENDAPATAN !!!
Kami juga di didik untuk menjadi positif, berfikiran positif... sebab tu la, kami -kami ni RILEX jer bila minyak naik....
Mungkin kenaikan ni ada hikmah nyer.... kita mana tahu kan...
Fikir-fikir kan lah... PILIHAN DI TANGAN ANDA...
Wasalam.