Friday, 26 December 2014

PRAY FOR PANTAI TIMUR- BANJIR 2014

Assalamualaikum w.b.t



Apa khabar anda- anda semua, dah nak dekat 2 bulan ciksue tak update blog ni...dah bersarang, berhabuk bagai dah.. ciksue harapkan anda semua sihat walafiat dan tidak ditimpa bencana dan sentiasa di rahmati Allah...


Mana ciksue hilang ??? hehehe.. ada jer.. menyorok bawah meja...heheh... almaklumlah ni last sem ciksue..jadi 'busy' sikit dengan my thesis...hehehe... entry kali ni ciksue tak nak cerita tentang thesis ciksue..tapi ciksue nak share tentang bencana banjir yang melanda Panta Timur Sekarang...



HARI NI 26 DISEMBER 2014.. cukup 10 tahun peristiwa hitam yang menggemparkan seluruh dunia termasuk Malaysia dengan peristiwa Tsunami... Peristiwa yang mengorbankan ribuan nyawa dan harta benda... kali ni Malaysia terutama kawasan pantai timur diuji dengan banjir sangat besar...



Ciksue ingat lagi, banjir yang paling besar pernah ciksue lalui adalah pada tahun 2007, dimana bandar Kota Bharu ditengelami air.. Ciksue ingat itu adalah banjir yang besar yang terakhir bagi ciksue lalui.. Tapi tahun 2014, Kota Bharu sekali lagi ditenggelami air.. Ya Allah BESAR  sungguh ujian MU...



Gerun, takut dan sebak ciksue tengok mereka-mereka yang meminta bantuan, ada yang terpaksa mencari kawasan selamat di atas bukit, ada yang terpaksa berpinda ke tempat lain akibat tempat pemindahan dinaiki air.. air yang sangat luar biasa besar...



Sekarang ciksue kat JOhor, tapi hati ni tak tenang bila memikirkan mereka-mereka yang berperang dengan banjir, ada yang tiada bekalan makanan, bekalan eletrik terputus dan ada yang sampai terputus hubungan... Semoga mereka tabah hadapi dugaan ini.



Minggu lepas ciksue masih dikampung, dapat melihat sendiri kampung ciksue yang dilanda banjir, Alhamdullilah, rumah ciksue tidak dinaiki air. tapi kawasan sekitar ciksue ada yang terpaksa berpindah akibat air naik.

Jalan nak masuk rumah ciksue yang dinaiki air...





BANDAR TUMPAT... tak pernah lagi bandar tumpat dinaiki air.. tetapi..semalam penuh air dibandar tumpat... sehingga ada saudara mara ciksue yang terpaksa berpindah.









Bila ciksue dah datang Johor, ingatkan keadaan banjir sudah reda, kerana ciksue ada pergi ke TAMBATAN DIRAJA untuk melihat banjir, air makin surut, tetapi air semakin besar sehingga kawasan yang tidak pernah dinaiki air turut tenggelam.


Ni keadaan tambatan diraja masa ciksue pergi 22 DEC yang lepas.. tengok keadaan belakang.. ada kesan-kesan air dah surut kan...







Ni pula keadaan sekarang... cepat sungguh air datang... hampir tenggelam kawasan ni....huhuhu









Kawasan Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah mengalami banjir yang sangat teruk, hampir           " lumpuh' keadaan disana.

Keretapi terperangkap banjir di Merapoh






kawasan Gua musang, hampir tenggelam rumah disana....







Ni pula, kejadian tanah runtuh di jalan Grik-jeli... lori ayam terbalik... gerucn ciksue tengok.. peristiwa ni menyebabkan kawasan kelantan terputus hubungan dengan perak...


















Dugaan apa yang Allah NAK uji kami semua, ciksue hanya mampu berdoa semoga mangsa-mangsa banjir selamat dan tidak ada yang terkorban nyawa.









Kedaan KUALA KRAI yang sangat teruk dilanda banjir... bayangkan petrol stesen ini pom hampir tenggelam... inikan pula rumah-rumah yang berda disana... Sungguh hanya Allah yang maha berkuasa...






Sekitar bandar Tanah Merah yang ditenggalami air....










Ini pula sekitar bandar KOTA BHARU, air makin naik dan besar, tambahan pula kejadian monsun menyebabkan air pasang yang besar dan ada yang menyatakan 'new moon' yang menyebabkan banjir besar ini berlaku.


STADIUM KOTA BHARU, pada awal pagi...



Keadaan stadium tengah hari...




















Keadaan Hospital Kota Bharu yang huru hara... Ya allah sayu ciksue tengok keadaan di hospital.. pasti kelam kabut mereka menyelamatkan mangsa banjir...








 Sama-sama lah kita berdoa dan membantu mangsa-mangsa banjir ini... hulurkan bantuan anda.... ciksue ingatkan, jangan lah kta duk mencari kesalahan-kesalahan orang lain atau viralkan apa-apa maklumat yang akan membuatkan keadaan semakin kelam kabut...




No comments:

Post a Comment