Thursday, 8 May 2014

Kehabatan Zikir Ya Wahhab



Assalamualaikum....


Semoga Mereka Yang Membaca ini Mendapat Manfaatnya... Aminn.....


Selamat malam, apa khabar semua... semoga anada sihat-sihat semuanya... entry kali ne ciksue nak cerita tentang kelebihan berzikir... minggu ne sangat "tough" bagi ciksue sb a lots of think kena buat... tapi ciksue cuba juga untuk bagi masa untuk diri ciksue supaya berehat....  sebelum ni.. ciksue jarang mengamalkan perkara2 sunnah... jujur ciksue katankan, dulu ciksue tak pernah nak buat solat dhuha, jarang berzikir,... ciksue hnya follow the flow... tapi..rupanya.. ciksue dah bazirkan masa ciksue dengan buat perkara-perkara yang menjauhkan rezeki ciksue... memang sebelum ni rezeki ciksue sentiasa tak putus2... tapi mesti cepat jer habis... dan sekarang ne.. walaupun rezeki ciksue 'sedikit' ciksue dapat rasakan yang ianya sangat cukup... Alhamdullilah... syukur ke hadrat ilahi kerana "menemukan" ciksue dengan group ne... kadang-kadang kita kena ingat SEMUA YANG TERJADI BUKANLAH KEBETULAN... tapi sudah ditetapkan.....

Sejak dah mula amalkan amalan-amalan rohani ni untuk MENJEMPUT REZEKI... kali ne ciksue akan share tentang kehebatan zikir YA WAHHAB, dimana ciksue dah rasa sendiri akan keberkesanannya... kerana segala pekerjaan yang ciksue lakukan hari tersebut akan lancar.. In Sha Allah...


MENJEMPUT REZEKI DENGAN ZIKIR  
YA WAHHAB...

















Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

1-Menjadi terkaya dan terkenal

Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.

2-Permintaan dimakbulkan

Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

3-Mencari pekerjaan

Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4-Membayar hutang

Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5-Menjauhi kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6-Dimakbulkan doa

Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7-Membebaskan diri

Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.



Semoga kita semua dapat mengamalkan....



Thanks for reading  :)

sumber asal : http://kenariputih9727.blogspot.com/p/kehebatan-zikir-ya-wahab.html?showComment=1399555175113