Assalamualaikum....
Lemak di bahagian perut cukup merisaukan sama ada kepada lelaki mahupun wanita. Sekiranya tidak ditangani segera, ia boleh menjejaskan penampilan harian kita kan...
Ciksue yakin yang anda semua benci dengan Perkataan LEMAK kan...
Kadang-kadang kita dah diet, dah buat senaman, dah workout, tapi lemak-lemak degil ni tak nak juga hilang kan, dah semestinya perkara ni akan membuat emosi sesorang terganggu...
Ramai yang akan berusaha mengurangkan lemak terutamanya di kawasan perut sampaikan mereka tidak sedar tindakan yang mereka lakukan adalah merupakan satu kesalahan...
KENAPA MENJADI KESALAHAN???
1. TIDAK RUTIN
Perlu diketahui bahawa lemak di perut tidak mampu mengecil atau berkurang dengan sendiri sekiranya tiada senaman atau diet sihat yang dilakukan secara rutin.
Ada di antara kita baru jer senaman 2 hari tapi terus nak dapatkan kesan yang CEPAT.. memang tak la kan.. sekurang-kurangnya cuba konsisten 30 min sehari bersenaman barulah akan dapat kesan yang terbaik...
Jadi Mulai sekarang, cuba-cubalah disiplinkan senaman serta diet demi mengecilkan lemak di kawasan berkenaan yer..
2. TIADA PEMBAHARUAN SENAMAN
Jangan ingat satu jenis senaman sudah cukup untuk menurunkan lemak di perut yerrrr.....
Cer anda pelbagaikan senaman agar lemak- lemak tegar tu dapat disingkirkan dalam tempoh masa yang cepat.
Walaupun perut berjaya dikecilkan tetapi usahla mengabaikan otot di bahagian lain... Bahagian lain pom kena la cun jugak kan.. tak de la nampk pelik bila bila bahagian lain besar kan....hihihi
3. BANYAK MAKAN
Tidak bermakna anda telah melakukan senaman secara maksimum mka anda dibenarkan mengambil makanan sesuka hati.
Selain aktiviti fizikal, pola makanan turut menyumbang untuk mengecilkan lemak di bahagian perut... kalau tak jaga makan, sia-sia la kan korang bersenaman bagai nak rak tup tup makan tak hengat duniaaa...
4. DIET TIDAK SIHAT
Elakkan menjalani diet yang tidak sihat sekiranya anda bena-benar inginkan lemak di bahagian perut lenyap sepenuhnya.
Ini kerana, diet yang dilakukan dengan cepat boleh membrikn jesan kurus pada tubuh tetapi mengundang risiko bahaya terhadap kesihatan.
Malah, ada ketikanya lemak yang hilang itu mampu kembali semula dalam jumlah yang lebih besar.
Sooo.. agak-agak , korang ade tak terbuat kesalahan-kesalahan macam di atas... nak buang lemak-lemak ni senang jer.. yang penting kita kena ikut jadual diet yang betul, jangan skip makan dan yang penting DISIPLIN!!!
Diharapkan entry ni bermanfaat untuk anda :)
No comments:
Post a Comment