Apa khabar uols!!! sekarang ni macam yang kita semua tahu musim buah kan, macam-macam buah ade sekarng macam rambutan, manggis, durian, langsat, dokong...
Sampai kan terlampau banyak, ciksue pom sampai dah tak larat, sampai muak nak makan...heheheh.
Ciksue ni bukan nyer ada kebun pom, tapi disebabkan ciksue ni kedai runcit, maka banyak la jugak buah kan...hehehe...
Sooo... Daripada membazir ciksue fikir punya fikir macamana la nak buat dengan buah-buah terutama RAMBUTAN...yang tak habis ni kan....
Seingat dulu ciksue pernah makan jem rambutan.. memang sodappp la....
Makanya, ciksue godek-godek la p.cik google ushar ape resepinya... rupanya sonang jer..yang penting tahap KESABARAN kena tinggi sebab die take time...hehehe
Ciksue pom tak percaya sebenarnya, first time buat terus jadi.. resepi ni pom ciksue ade ubah-ubah sikit ikut citarasa ciksue...
Meh kita tengok ape bahan-bahan nyer...
BAHAN-BAHAN
1. Rambutan ( Ikut suka berapa, ciksue punya dalam 3 kg macam tu)
2. Gula 1 cawan ( tak perlu banyak sb rambutan dah manis)
3. Pewarna ( tak kisah warna ape, ciksue guna MERAH)
Yang bawah ni optional,, sb ciksue yang buat-buat pandai tambah sendiri..heheh
4. Daun pandan sehelai
5. sedikit gula melaka
6. 1 sudu kecil esen vanilla
7. sedikit garam
Sebenarnya bahan-bahan ni based on rasa korang la... sebab kena tengok berpa bnyak rambutan yang korang guna..ehhehe
CARA-CARA
1. Buang kulit rambutan dan untuk senang korang buang biji die siap2 sebab dapat mengurangkan masa.
2. Tapi disebabkan rambutan ciksue terlampau bnyak, ciksue tak larat nak buat biji, jadi ciksue rebus dulu rambutan untuk kasi hncur, senang sikit nak buang biji nanti
3. Masukkan air dalam 1 cawan, jangan lupe kacau tau takut hangus.. jngan letak air banyak2 sebab nanti air rambutan akan keluar.. letak daun pandan
4. Selepas beberapa jam, heheh, buah akan hancur, dan air akan kering, biarkan sejuk kejap dan boleh la buang biji tu..guna tngan jer...
5. Amik isi rambutan dan blend hingga hancur, jangan tambah air
6. Masukkan rambutan yang dah diblend dalam periuk, then masukkan pewarna, gula, garam, gula melaka
7. Sentiasa kacau hingga pekat dan berkilat
8. Masukkan Esen vanilla supaya bau best..heheh
9. Maka siap la...hheehhe
Senang kan... So ciksue cadangkan, korang buang biji siap2 then terus blend, jadi cepat sikit sebab boleh terus masukkan bahan-bahan yang lain...
Senangkan.. lepas 2 boleh la isi dalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama...
Memang sodaapp la... ciksue makan dengan biskut memang best rasanya...
Selamat mencuba yer :)
No comments:
Post a Comment