Monday 9 June 2014

10 Tips Agar Kulit Muka bersih dan Tidak Kusam

Assalamualaikum....


Apa khabar reader semua... semoga kalian sihat yer... ciksue baru selesai final exam 3 hari lepas.Alhamdulliah, doakan ciksue berjaya yer......sooo..hari ni baru berkesempatan nak update blog...hehehe... jadi kali ni ciksue nak cerita sedikit tentang 10 tips agar kulit muka bersih dan tidak kusam ... almaklumlah, kulit muka bagi perempuan sangat sensitive kan... semua orang nak dapatkan kulit muka yang bersih dan flawless gitu.... tak semestinya kita kena beli makeup-make up atau pencuci yang mahal2 untuk dapatkan kulit muka yang bersih kan... sebenarnya amalan harian kita juga turut mempengaruhi kulit wajah kita ni.... Meh kita ape tips yang boleh kita amalkan......


TIPS- TIPS KULIT MUKA BERSIH DAN TIDAK KUSAM


1. Cuci Muka Dengan Air Suam dan air Sejuk


Perkara yang basic mestilah kita kena cuci muka kita, kalau boleh cuci la muka setiap hari dan           miniumum  5 kali..knapa 5 kali... sebab kita kan berwudhuk 5 kali sehari, jadi secara automatik nyer kita dah cuci muka 5 kali sehari..heheheh... molekya cuci la muka kita dengan menggunkan air suam dan air sejuk... 

kenapa air suam??? sebabnya air suam  dapat mengurangkan minyak yang terdapat di kulit wajah dan dapat Mematikan sel-sel yang tidak diperlukan atas kulit wajah dan akan membuatkan pori-pori wajah terbuka. Jadi senang lah nak cuci semua kotoran yang terperangkap dalam ruang roma..  Selepas tu cuci la dengan air sejuk untuk tutup balik liang ruang roma dan akan membuatkan wajah kita lebih bersih dan tidak kusam .


2.   Kurangkan penggunaan KRIM DAN KOSMETIK KIMIA

Sekarang ni banyak produk-produk yang muncul kan.. ciksue pom pernah terpengaruh beli macam2 produk.. tapi tak de kesan pom...kan dah rugi..heheh... jadi kurangkan lah penggunaan krim dan make up sintetik ini dan kalu boleh tak yah guna lansung ..Kalau boleh gunakan produk yang semulajadi. Krim dan kosmetik sintentik ini akan menimbulkam kesan yang negatif kepada kulit wajah kalau tak sesuai dengan kulit wajah kita... Eloknya, kita test dulu either produk tu sesuai tak untuk masalah wajah kita.


3.   Makan banyak BUAH-BUAHAN dan SAYUR-SAYURAN

Buah-buahan memang amat penting untuk kesihatan dan wajah kita. Sebagaimana yang kita tahu buah dan sayur mempunyai nutrisi dan vitamin-vitamin yang penting untuk badan kita contohnya buah oren yang jaya dengan vitamin C dan juga buah pisang dan betik. Amalkan makan buah-buahan sentiasa supaya kulit muka kita licin. selain tu, buah ni juga sebagai pelawas, kiranya dapat memudahkan kita ' detoks' segala toksid dalam badan kita dengan mudah... takde la nanti jerawat tumbuh sebab terlebih toksin dalam badan kan...heheeh

4.  Perbanyakkan MINUM AIR

Air amat penting untuk tubuh badan kita. Disarankan untuk kita mengambil sekurang-kurangya 8 gelas air sehari atau 3 liter bagi melancarkan pengedaran darah dan untuk memberi kelembapan yang maksimum kepada kulit kita. Diingatkan, sekiraya kita mengamalkan mana-mana suppliment kesihatan "diwajibkan" untuk mengambil air sebanyak 3 liter sehari untuk melancarkan penyerapan nutrient terhadap tubuh badan.


5.  Membersihkan muka sebelum tidur

Yang ni wajib dilakukan sebelum kita tidur kerana untuk membersihkan segala kotoran yang melekat kat kulit wajah kita. Dan lap la wajah kita dengan kain cotton yang bersih dan khas untuk muka sahaja bagi mengelak bakteria lain melekat kat kulit wajah.


6. Menjauhi STRESS

Stress akan menyebabkan kulit wajah kita tegang.. dan ciksue sendiri pom, kalu stress mesti jerawat akan naik..huhu... jadi untuk kulit bersih dan tidak kusam elakkan keadaan stress.. apa kaitan stress dengan jerawat??? untuk makluman anda jika tahap stress kita tinggi , potensi radang kulit akan tinggi juga. Radang inilah yang menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat selain minyak terkumpul dalam liang roma kulit. Dan bila kita berada dalam keadaan stress, tubuh kita kan merembeskan hormon-hormon stress termasuk kortisol dimana hormon-hormon ini akan mengalir ke sluruh tubuh dan melalui saluran darah dan mengarahkan pembuluh-pembuluh darah di bawah permukaan kulit untuk mengembang. Jadi ELAKKAN STRESS tau kawan-kawan.

7. Kurangkan MAKANAN FASTFOOD

Okei tips ni unutk pengemar Fastfood....hehehe.. kurangkan la pemakanan makanan segera seperti Mcd, Kfc, Burger King, Pizza.. Boleh makan tapi kurangkan la yer..kerana kandungan minyak dan MSG dalam makanan fasfood ni tinggi..

8. Rajin SENAMAN

Senaman pom merupakan Tips untuk kulit sihat.. tak semestinya nak kurus jer kena senaman tau, dengan senaman ni dapat menigkatkan metabolism kita dan juga dapat menyihatkan tubuh badan kita. Sekuran-kurangya senaman la 3 kali sehari tak semestinya kena senaman sehari suntuk.. 30 minit pom dan berbaloi tau...


9. SENYUM la selalu

Senyuman merupakan tips yang paling murah untuk dapatkan kult bersih.. . disampaing untk senaman otot - otot wajah, pahala pom dapat kan... kalau muka cun melencun tapi muka KETAT semacam orang pom takut nak tegur kan...heheh.. jadi senyum la sentiasa, amalkan senyum di pagi hari supaya hari kita akan lebih ceria.. Ciksue sendiri setiap pagi akan senyum kat depan cermin sebelum keluar bilik..sebab nak dapatkan aura positif gitu... Ade orang pernah tegur ciksue yang patut la ciksue ni kurus sangat sebab kaya dengan senyuman...hahahahah..ops!!!!





10. Set Kecantikan Shaklee

Kalau anda mempunyai bajet, boleh la cuba menggunkan set kecantikan shaklee ni bagi membantu anda mendapatkan muka yang bersih dan tidak kusam.. maklumlah dan makan buah 0ren 50 biji sehari tak mampu kan, jadi vitamin-vitamin yang disyorkan ini dapat membantu anda. Bukan setakat cantik dai luar malah cantik di dalam....  boleh rujuk set kecantikan wajah



Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda semua...
Terima kasih kerana sudi membaca :)



INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA ?

HUBUNGI SUHAINI UNTUK:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!






SUHAINI
SHAKLEE ID : 1099316
suhainibrahim@gmail.com
013-6510540 ( CALL/SMS/WhatsApp)





No comments:

Post a Comment