Friday 28 February 2014

Semuanya Sudah Ditetapkan Oleh Allah..

































Assalamualaikum...


Salam Jumaat... Hari ne hari terakhir dalam bulan Feb 2014... dalam sedar tak sedar memang cepat masa berlalu kan... sampai dah 2 bulan dalam 2014 sudah berlalu... sepanjang dua bulan ne apa yang kita dah capai, apa yang kita dah buat? adakah kita dah menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya...


Hari ni.. ciksue nak share tentang diri ciksue yang suka memberi harapan yang TINGGI tentang sesuatu benda.. Minggu lepas ciksue dah rasa down sebab, planning untuk pergi melancong bersama- sama rakan karib ciksue terjejas sebab salah seorang daripada rakan ciksue berjaya mendapat tawaran as cikgu di MRSM.. memang kami tak sangka yang beliau akan dapat.. Alhamdulliah ciksue happy sangat sebab die dah berjaya melangkah setapak dalam kamus hidunya... Baru ciksue sedar.. walau Banyak mana kita merancang, susah mana kita merancang.. kalau Allah tak izinkan.. benda tersebut tidak akan berlaku walau sedetik.... Memang Kuasa Allah itu sangat Hebat......




Kadang-kadang kita selalu fikir, kenapa kita tak dapat apa yang kita dah idamkan.. mungkin kita tak tahu apa yang kita inginkan itu mungkin tidak baik untuk kita atau mungkin akan mendatangkan mudarat kepada kita, Sedangkan Allah sudah mengetahui apa yang terbaik untuk kita....Ciksue selalu macam ni... selalu berharap, selalau berangan2 tinggi... dan bila apa yang ciksue inginkan tidak dapat... sakit sangat hati.. rasa macam nak nangis..  Tapi mungkin Allah dah rancang yang lebih baik untuk kita....


Hari ne.. ciksue sekali lagi didatangkan dugaan yang amat besar... ciksue terlalu berharap tentang " sesuatu" yang satu ini... tetapi kesudahan ciksue x dapat.. hanya Allah saja yang tahu bertapa ciksue kecewa dan ciksue sangat lemah... Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan ciksue ketika itu... mungkin apa yang dirancang oleh Allah untuk ciksue lebih baik apa yang ciksue rancangkan.... mugkin Allah nak menguji ciksue supaya tidah berharap pada sesuatu yang tidak kekal... tetapi Berharap kepadaNYA yang akan rezeki yang kepada mereka yang dinginkannya..... 



"Walau sehebat mana pom rancangan kita, Ingat lah Allah itu lagi MAHA MERANCANG"...


Pesanan untuk diri ini yang sering alpa.. Berdoa la sentiasa kepada Allah supaya mempermudahkan segala urusan yang kita rancang....

No comments:

Post a Comment