Friday, 12 September 2014

Moist Coklat Cupcake Kukus Gebu dan Mudah

Assalamualaikum...


Moist chocolate cake sangat famous kan sekarang, dah jadi macam satu trend pulak bila semua orang nak jual moist chocolate cake ni....

Resepi yang sangat mudah, semua orang boleh buat.... dah banyak resepi yang ciksue guna, tapi resepi yang ciksue nak share adalah resepi yang paling sedap ciksue makan... sebab sangat MOIST!!!


























Kakak ciksue yang kasi resepi ni,... die dah jual berpuluh-puluh bekas dengan resepi ni tau.... cara ciksue ni mengukus tahu.. sebenar resepi kek coklat, tapi ciksue letak dalam cup..comey2 la....

Jom kita tengok  resepinya...


BAHAN-BAHAN

BAHAN A

2 Cawan tepung gandum**
2  cawan gula kastor
1 1/2 sdk baking powder**
1 1/2 sdk soda bikarbonat**
2 cawan serbuk koko**
1 1/2 sdk garam


BAHAN B

1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 sudu esen vanilla

 1 cawan Air panas mendidih

### cawan kertas secukupnya
### Coklat Rice untuk hiasan


CARA-CARA

1.  Ayak bahan-bahan yang bertanda ***
2. Didalam bekas, pukul telur dengan gula sehingga kembang selama 4-5 minit
3. Masukkan bahan yang diayah tadi, then masukkan garam, esen vanilla
4. Kacau hinggal sebati, masukkan susu cair
5. Massukan minyak tadi dan kacau lagi
6. Akhir sekali masukkan air panas yang betul-betul mendidih ok..
7. Selesai, boleh la letakkan 3/4 aduanan ke dalam cup yang dah disusun dalam dulang

** peringatan, pastikan api tidak terlalu kuat tau, untuk elak kek tu merekah, masa kukusan dalam 10 minit...














Kek yang dah siap tapi belum letak topping nyer... Ini lah Hasil nyer....





Untuk Coklat ToPPING ciksue guna resepi ni...

Topping

1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu besar air suam

**** Campur semua bahan dan kacau sehingga sebati.


Nak lagi sedap, ciksue buat topping ICING juga..heheh.. nak kasi cupcake ciksue lagi cantik kan...resepi yang ciksue guna ni sedap, sebab tak muat


Topping CREAM ICING

1 cawan gula icing
1 cawan marjerin
1/2 cawan shortening

**** Camput semua bahan dan pukul menggunakan mixture hingga halus dan berkilat
**** Bahagikan kepada beberap bekas untuk letak warna yang anda suka....
**** Masukkan dalam piping beg dan hias la ikut kekretiviti anda..


Ini antara hasil-hasil yang ciksue buat,.. tempahan dari saudara mara..heheheh





Tempahan adik ciksue untuk majlis renion kawan die..




Yang ni, untuk majlis Hari Raya Sekolah Anak Buah ciksue




Untuk majlis Hari jadi Anak buah ciksue







untuk majlis Hari Raya 2014
















Amacam..heheh... ciksue yakin korang lagi kreatif dari ciksue... mesti lagi cantik kan..heheheh..


Selamat mencuba uolss!!!!