Friday 5 September 2014

Resepi JAPANESE COTTON CHEESECAKE gebu!!!!

Assalamualaikum...




Kali ni ciksue nak share cara buat japanese cotton cheesecake... nama pom dah panjang kan.... ala-ala jepun gitu... First time try uolssss... Alhamdullilah jadi...

Sebenarnya, ciksue ni bukannya penggemar cheese pom... tapi duk tengok orang lain buat kek yang gebu ni, diri ni rasa tercabar...hahahha... maka godek-godek google terjumpa la Resepi ini...

Buat kek ni pom sebab nak menghabiskan bahan-bahan kek yang ade sebab lusa dah nak pergi 












Memang terbaik la, kek yang ciksue buat ni masuk jer mulut cairrrr kat dalam...Makan time sejuk lagi la sedap!!! tak sampai 1 jam kek ni dah habis di balun....hehehe


Jum kita  Bahan-bahan dan Cara membuatnya....

BAHAN A







250g cream cheese
50g butter
100ml susu segar ( fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon ( ciksue guna 2 sudu besar)
1/4 sdk garam
60g tepung kek/ tepung superfine
20g tepung jagung

*** butter & cream cheese biarkan pada suhu bilik





BAHAN B




140g gula kastor
6 biji putih telur
3/4 sudu kecik jus lemon


Cara memasak : Double Boil dan Bakar Bain  Marie


CARA-CARA

Panaskan oven pada suhu 160c


BAHAN A





1. Cairkan cream cheese, butter, dan susu dengan teknik double boiler, Kacau perlahan sehingga
     adunan cair dan tidak berbintil
2. Setelah cair, sejukkan adunan tadi
3. Kemudian masukkan kuning telur,  tepung, tepung jagung, garam dan jus lemon ke dalam aduanan
    cream cheese tadi.
4. Gaul hingga sebati secara perlahan, then korang letak tepi dulu



BAHAN B

Untuk bahan B, make sure korang buat betul- betul yer, sebab aduanan ini lah bakal menentukan kegebuan kek korang nanti.. heheh.. jangan risau yer.. just follow the step... heheh... buat dengan penuh yakin!!

** PERINGATAN : sila pastikan yang bekas yang digunakan adalah KERING termasuk MIXER tue.. kalau tak nanti maringue tak jadi..

Lagi satu jangan kasi setitik telur kuning pom ade dalam telur putih tu..heheh









1. Masukkan telur dan jus lemon dalam bekas yang kering, Pukul sampai berbuih-buih       ( foamy)







2. Tambahkan gula dan pukul hingga bertanduk ( soft peak).. 




Nak tahu dah jadi tanduk ke tak, korang angkat mixer tu, then tanduk akan terhasil...

lagi satu nak cek jadi ke tak maringue korang tu, cer korang terbalikan aduanan tadi atas muka korang, dan kira 10 saat, kalu tak jatuh kat muk korang, kiranya memang dah perfect la tu..heheh






3. Seterusnya, campurkan adunan A ke dalam Adunan B  dan kacau sampai sebati.
   Sediakan tin/ bekas kek yang bulat berukuran 8 inci yang sudah digriskan bawahnya dan tepi tu
   salut dengan kertas banking.








4. Tuang ke dalam bekas tadi, dan jangan lupe hentak-hentak bekas tadi untuk keluarkan udara-udara
    kat dalam adunan tu..





5. Bakar kek pada suhu 160c selama 1 jam  dengan cara bain-marie ( waterbath)








Info Tambahan...

Bain Marie adalah kaedah membakar kek bersama air dimana loyang diletakkan di dalam loyang besar sehingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut.

Masa panaskan oven jangan tuang air panas dulu okei..

Bila nak bakar nanti barulah tuang air panas yang baru mendidih ke dalam dulang oven tu... make sure air BETUL2 panas tau.. hati-hati semasa angkat dulang okei..



Bila dah cukup sejam, jangan keluarkan terus dari oven tau, biar dalam oven selama 10-15 minit dan renggangkan sedikit pintu oven tu...

Lepas tu boleh keluarkan dan makan la... nak lagi best, simpan dalam peti sejuk 1 jam then makan... pergh!.. walla!!


















Senang kan... Boleh anda semua cuba try test!

Selamat mencuba uolss!!!...

Terima kasih kerana sudi membaca :)

SUKA dengan Entry ini, sila tekan LIKE dan SHARE untuk Manfaat bersama



























No comments:

Post a Comment