Monday 22 September 2014

7 makanan terbaik untuk kulit

Assalamualaikum w.b.t



Entry kali ni ciksue nak share hasil dari pembacaan majalah Wanita. Rupanya banyak tips-tips kesihatan yang terdapat dalam majalah wanita ni kan. Sebenarnya, majalah ni kakak ipar ciksue yang punya, ciksue tumpang baca jer...heheh

Kali ni ciksue nak share mengenai makanan untuk kulit. Kulit pom ada makanan okeii.. Bukan kita jer nak makan..hehehe...

Jom kita selongkar khasiat yang terkandung dalam makanan untuk kecantikan kulit. Semoga informasi membantu anda untuk tampil lebih anggun.

















"Kulit bukan sahaja mesti dibelai secara luaran malah ia juga memerlukan penjagaan dalaman menerusi pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat."




1. SAYURAN HIJAU bersihkan kulit dari dalam







Amalkan makan sayuran berdaun hijau seperti sawi,bayam,saderi.

Bayam adalah sumber terbaik zat besi, folat, vitamin E, magnesium, serat dan Vitamin A. Pengambilan bayam dapat membersihkan kulit dari dalam

Sementara saderi pula mengandungi vitamin K yang membantu melancarkan peredaran darah dang mengurangkan tekanan. Secara tak langsung, kulit akan menjadi lebih sihat dan bersinar dengan pengambilan saderi.


2. COKLAT GELAP kaya antioksidan









Selain kaya dengan antioksidan, coklat gelap juga mengandungi asid lemak dan flavanols yang membantu membuatkan kulit berseri.

Antioksidan pula dikatakan dapat mengurangkan masalah kulit kasar dan melindungi kulit daripada pancaran matahari. Coklat memang enak dimakan dan sangat baik untuk kecantikkan kulit anda...

Tapi jangan obses dengan coklat pulak taw... nanti jadi lain pulak.. ingat DARK coklat okeii...hehe






3. LOBAK MERAH hilangkan parut jerawat.







Vitamin A dan khasiat lain yang terkandung dalam lobak merah dapat membantu memulihkan dan menghilangkan jerawat.

Ia juga mengelakkan lebihan pengeluaran sel di lapisan kulit di mana ia menjadi tempat sebum berlebihan bergabung dengan sel kulit mati lalu menutup pori-pori kulit.

Lepas ni boleh la pergi beli carrot banyak-banyak okeii..hehehe




4. IKAN SALMON hindar tekanan








Ikan salmon bukan sahaja membuka selera kerana isinya yang enak malah ia juga dapat menghindar tekanan dan kemurungan.

Makanan ini mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat menghalang penuaan dan pertumbuhan jerawat. Ia juga membantu melembapkan kulit dan membuatkan rambut anda sihat dan kuat.





5. MINYAK KELAPA melembapkan




Minyak kelapa mengandungi asid laurik dan agen antibakteria yang dikatakan dapat membantu menghalang virus jangkitan, keradangan dan jerawat.

Minyak kelapa juga kaya dengan asid lemak asas dan vitamin E, yang lengkap untuk menjadikan kulit lembap, lembut dan bebas kedutan.

Selain boleh dimakan mentah sesudu sehari, anda juga boleh menyapu seluruh tubuh dengan minyak kelapa untuk mendapatkan kulit yang lembap dan halus.




6. TEH HIJAU menenangkan







Antioksidan dan asid amino unik, L-theanine yang terdapat dalam teh hijau membantu menenangkan badan dan mengurangkan tekanan.

Ia juga terbukti dapat meningkatkan tahap kesihatan. Bagi mengdapatkan hasil yang terbaik, minum tiga cawan teh hijau setiap hari untuk hasil yang memuaskan.



7. BETIK lindungi kulit daripada pancaran matahari.




Betik mempunyai banyak kahsiat, selain rendah kalori, ia juga tidak mengandungi kolestrol. 

Bagi anda yang mahu kurangkan berat badan, amalkan makan betik setiap hari. Berat badan akan berkurangkan dan sistem penghadaman bertambah baik.

Nutrient antioksidan, Vitamin C, E dan beta - karoten sangat baik untuk mengurangkan keradangan dan jerawat. Vitamin C juga dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari.







Okeii.. dah dapatkan 7 makanan yang terbaik untuk kulit kita, lepas ni boleh la pergi supermarket borong makanan- makanan ni kan... heheheh.... 

Nak dapatkan kulit yang lagi cantik tapi susah nak dapatkan makanan-makanan di atas atau anda tak makan sayur atau buah  boleh la cuba set kecantikan Shaklee ni, sebagai sumber tambahan, 

Pasti kulit korang akan bertambah glowing dan mulus...heheheh...









Selamat mencuba uolsss....

.

No comments:

Post a Comment